May 24, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Soora Miguhara Rai Komuniti Wanita Menerusi ‘Glow & Flow’, Angkat Kecantikan Holistik Moden

Spread the love

Dalam dunia serba pantas hari ini, wanita bukan saja berdepan tekanan kerja dan komitmen harian, malah perlu bijak mencari ruang untuk menjaga emosi, kesihatan serta keyakinan diri.

Menyedari hakikat itu, Soora Miguhara Malaysia tampil menganjurkan acara eksklusif “Soora Glow & Flow” sebagai penghargaan buat komuniti wanita yang sentiasa setia menyokong jenama kecantikan berkenaan.

Berlangsung di Nadi Tenang, Seksyen 13 Shah Alam baru-baru ini, acara berkonsepkan gaya hidup sihat itu bukan sekadar sesi yoga biasa, sebaliknya membawa mesej lebih mendalam mengenai pentingnya keseimbangan antara kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman wanita moden.

Dengan tema “Move, Glow & Flow”, program berkenaan menghimpunkan wanita pelbagai latar belakang dalam suasana cukup santai, positif dan penuh inspirasi.

Bukan hanya mahu wanita tampil cantik di mata luar, Soora Miguhara percaya kecantikan sebenar bermula daripada diri yang tenang, sihat dan yakin.

Sepanjang program berlangsung, peserta berpeluang mengikuti sesi yoga bersama jurulatih profesional dari Nadi Tenang yang membantu meningkatkan kecergasan fizikal selain memberi ketenangan emosi selepas penat dengan rutin harian.

Malah, suasana eksklusif acara itu turut menjadi platform terbaik untuk peserta meluangkan masa bersama komuniti wanita lain yang mempunyai minat sama terhadap penjagaan diri dan gaya hidup sihat.

Menambahkan seri acara, Nylea turut hadir sebagai tetamu istimewa. Kehadiran Juara Dewi Remaja 2025 itu nyata mencuri perhatian apabila tampil berkongsi pandangan mengenai pentingnya menjaga kecantikan secara menyeluruh, bukan hanya bergantung kepada penampilan fizikal semata-mata.

“Saya sangat gembira dapat bersama Soora Miguhara dalam acara ini kerana bagi saya, kecantikan bukan hanya tentang rupa luaran tetapi bagaimana kita menjaga diri, kesihatan dan emosi setiap hari.

“Wanita terutama remaja perlu sentiasa yakin dengan diri sendiri dan belajar menghargai diri. Saya percaya Soora Miguhara membawa mesej yang sangat positif untuk semua wanita,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Soora Miguhara Malaysia, Puan Fatin berkata, “Glow & Flow” dianjurkan sebagai simbol penghargaan terhadap komuniti wanita yang terus memberi kepercayaan kepada jenama itu sejak awal penubuhannya.

Menurutnya, Soora Miguhara bukan sekadar menawarkan produk kecantikan, malah mahu membina gaya hidup positif dalam kalangan wanita moden.

“Kami mahu wanita bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi turut merasa sihat, yakin dan positif dari dalam. Acara ini memberi ruang untuk wanita berehat seketika daripada kesibukan harian, menikmati masa untuk diri sendiri dan meraikan kecantikan bersama komuniti yang positif,” katanya.

Beliau berkata, Soora Miguhara turut memberi penekanan terhadap penggunaan bahan berkualiti tinggi dan selamat digunakan pengguna.

Malah, produk keluaran jenama itu turut menerima pengiktirafan Vegan Certified yang membuktikan komitmen mereka dalam menawarkan produk penjagaan kulit yang lebih selamat serta selari dengan trend kecantikan moden masa kini.

Pada acara sama, Soora Miguhara turut mengetengahkan dua produk utama mereka yang kini semakin mendapat perhatian pengguna iaitu Rose Collagen Blooming Mist Serum dan Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++.

Rose Collagen Blooming Mist Serum diformulasikan dengan kandungan kolagen dan ekstrak mawar premium yang membantu memberikan hidrasi mendalam selain menjadikan kulit lebih anjal, berseri dan tampak glowing secara semula jadi.

Tekstur mist serum yang ringan turut membantu menenangkan kulit selain memberi kesegaran sepanjang hari. Sementara itu, Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ pula menawarkan perlindungan maksimum terhadap sinaran UVA dan UVB selain membantu mencerahkan tona kulit secara segera tanpa rasa melekit.

Produk itu juga membantu menghasilkan kemasan kulit lebih halus dan lembap, sekali gus sesuai digunakan untuk rutin harian mahupun ketika bersolek.

Dalam pada itu, Soora Miguhara Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara termasuk Nadi Tenang, Petals2u dan Kueh.

Acara “Glow & Flow” dilihat bukan sekadar program kecantikan biasa, tetapi menjadi simbol gaya hidup wanita moden yang semakin menitikberatkan keseimbangan emosi, kesihatan dan keyakinan diri dalam menjalani kehidupan seharian.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page