July 3, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Bukan Sekadar Cantik, Lima Wanita Inspirasi Diangkat Soora Miguhara

Spread the love

Dr Fie Tawfek, Mek Dinda, Ika Nabila, Mimi Haris Dan Nabila Razali Diraikan Atas Kejayaan Membina Nama Serta Memberi Inspirasi Kepada Wanita Lain.

Di sebalik wajah yang sentiasa tampil menawan, ada kisah pengorbanan, jatuh bangun dan perjuangan yang membentuk siapa mereka hari ini. Itulah definisi kecantikan sebenar yang mahu diraikan Soora Miguhara menerusi penganjuran Soora Miguhara Radiant Women 2026, sebuah majlis eksklusif yang mengangkat wanita bukan hanya kerana rupa, tetapi juga kekuatan jiwa, pengaruh serta inspirasi yang dibawa kepada masyarakat.

Berlangsung dalam suasana penuh elegan di Aurum Theatre, The Gardens Mall, acara itu menjadi pentas menghargai wanita yang berjaya membuktikan bahawa kecantikan sejati lahir daripada keyakinan, ketabahan dan keberanian untuk terus melangkah walau berdepan pelbagai cabaran kehidupan.

Bertemakan “Radiant Women 2026”, majlis berprestij itu menyaksikan lima wanita daripada latar belakang berbeza dipilih sebagai Top 5 Radiant Women Soora Miguhara 2026, iaitu Dr Fie Tawfek, Mek Dinda, Ika Nabila, Mimi Haris dan Nabila Razali.

Pemilihan mereka bukan berasaskan populariti semata-mata, sebaliknya mengambil kira perjalanan hidup, kredibiliti, disiplin serta pengaruh positif yang berjaya dibina dalam bidang masing-masing. Kesemuanya membawa mesej sama, iaitu wanita mampu mencipta kejayaan tanpa perlu mengorbankan peranan sebagai ibu, isteri mahupun individu yang sentiasa memberi manfaat kepada orang sekeliling.

Dr Fie Tawfek terus mencipta nama menerusi sumbangan dalam bidang kesihatan dan keusahawanan, selain menjadi inspirasi kepada ramai wanita yang mahu membina kerjaya sendiri.

Mek Dinda pula membuktikan dunia digital mampu menjadi platform mencipta kejayaan apabila berjaya membina empayar dalam industri kecantikan melalui kreativiti dan keberanian meneroka peluang baharu.

Pelakon Ika Nabila pula bukan sahaja kekal aktif dalam bidang seni, malah sering berkongsi pengalaman mengenai keibubapaan yang dekat dengan hati ramai wanita. Perjalanannya membuktikan kerjaya dan keluarga mampu bergerak seiring apabila diurus dengan penuh dedikasi.

Bagi Mimi Haris, bakat versatil dalam bidang nyanyian, pengacaraan dan hiburan menjadikannya antara figura wanita yang sentiasa relevan, selain bijak mengimbangi tuntutan kerjaya dengan tanggungjawab terhadap keluarga.

Sementara itu, Nabila Razali terus membuktikan namanya kekal kukuh dalam industri hiburan menerusi disiplin tinggi, komitmen terhadap kerjaya dan imej positif yang menjadikannya inspirasi kepada generasi muda.

Lebih daripada sekadar acara penghargaan, Soora Miguhara turut mengambil peluang memperkenalkan inovasi terbaharu dalam rangkaian penjagaan kulitnya menerusi pelancaran MIGUHARA Vita Shine Intensive Cream.

Krim berkenaan diformulasikan khas bagi membantu mencerahkan kulit kusam, meratakan tona kulit, mengurangkan penampilan tompok hitam serta memberikan hidrasi berpanjangan supaya kulit tampil lebih sihat dan berseri.

Mengandungi gabungan ramuan seperti Chamomile Extract, Vitamin Tree atau Sea Buckthorn Extract, Niacinamide, Ceramide NP, Sodium Hyaluronate dan Centella Asiatica Extract, produk itu sesuai digunakan oleh mereka yang berdepan masalah kulit kusam, sensitif, kering dan tona kulit tidak sekata.

Pelancarannya turut memperkukuhkan komitmen Soora Miguhara untuk menawarkan penjagaan kulit yang bukan sahaja memfokuskan kepada kecantikan luaran, malah membantu wanita membina keyakinan diri dari dalam.

Penganjuran Soora Miguhara Radiant Women 2026 juga membawa mesej yang cukup jelas bahawa setiap wanita mempunyai sinarnya yang tersendiri. Ada yang bersinar melalui ilmu, ada yang menyerlah menerusi bakat, manakala ada juga yang menjadi inspirasi kerana tidak pernah berputus asa dalam mengharungi liku kehidupan.

Kerana akhirnya, kecantikan yang paling bermakna bukanlah apa yang dipantulkan oleh cermin, tetapi bagaimana seseorang wanita bangkit, memberi inspirasi dan terus menyinari kehidupan orang lain dengan cara yang paling tulus.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page