Langsuir Kembali Mengganas! “Melayu Mystic Peninsular Tour 2025” Mengilai Di Johor Bahru

Legenda muzik ekstrem tanah air, Langsuir, kembali menggegarkan bumi Semenanjung menerusi siri jelajah “Melayu Mystic Peninsular Tour 2025”, yang telah bermula dan bertahta di beberapa lokasi sebelum ini. Dengan reputasi gah sebagai pelopor death metal berteraskan mistik Melayu, Langsuir tidak datang sendirian mereka membawa bala tentera bawah tanah yang bersedia untuk merobek norma muzik arus perdana.
Digerakkan oleh Goatlordth Records, siri jelajah ini menjadi medan pertemuan pengamal muzik ekstrim dari seluruh Semenanjung yang menyuntik semangat mistik dan kebangkitan akar budaya dalam ranah muzik underground.
Dengan barisan band yang menggugah urat leher dan jantung pendengar, pentas akan dibakar oleh Darah, Tandus, Outrevoid, Apocalyptic Carnage, Insinner, dan Inhuman. Tujuh nama yang bukan sekadar membawa muzik keras, tetapi juga roh pemberontakan, kegelapan, dan keresahan zaman dalam bentuk sonik yang menggigit.
Mulai jam 3 petang hingga 11 malam, Rockin Jamz Hall akan berubah menjadi gelanggang, dimana growl, blast beat, dan riff berdarah menjadi bahasa penghubung sesama metalhead. Dengan latar visual penuh simbolisme mistik Melayu, keris, kapak dan tipografi purba. Festival ini bukan sekadar gig, tetapi sebuah ritus muzik bawah tanah yang menyatukan unsur kepercayaan, warisan, dan kekerasan sonik.

Sejak ditubuhkan pada awal 90-an, Langsuir telah menjadi entiti kultus dalam dunia muzik berat tempatan. Mereka terkenal bukan sahaja kerana kekuatan muzik dan lirik yang menggali akar kepercayaan mistik Melayu, tetapi juga kerana semangat DIY yang utuh dan pengaruh luas di kalangan band generasi baharu.
Melayu Mystic bukan sekadar sebuah tour, ia adalah ritual muzik, seruan kegelapan, dan penyatuan kuasa metal Melayu yang tidak tunduk kepada arus komersial. Simbol-simbol seperti keris, kapak dan tipografi esoterik yang menghiasi poster rasmi acara ini mencerminkan elemen-elemen spiritual dan identiti tempatan yang mendasari falsafah Langsuir serta keseluruhan siri ini.


Acara ini juga merupakan pertembungan generasi menyatukan band mapan dan yang baharu, memberi nafas segar kepada komuniti metal tempatan. Melayu Mystic adalah bukti bahawa semangat kental dalam muzik ekstrem masih membara, menolak sempadan dan membawa identiti tempatan ke hadapan.
Bersiap sedialah untuk moshpit, headbang tanpa henti, dan sambutan ritual gelap yang tidak akan mudah dilupakan. Pastikan anda berada di barisan hadapan ketika suara-suara keras ini menjeritkan pemberontakan mereka kepada dunia!
Tiket dijual kini – jangan tunggu hingga ia menjadi legenda.
Lokasi: Rockin Jamz Hall, Johor Bahru
Masa: 3:00PM – 11:00PM
Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
Goatlordth Records menyahut seruan… adakah anda bersedia menjawabnya?