October 23, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Yuno Hadir Dengan Single Baharu Berjudul ‘Salting’

Spread the love

Penyanyi dan pencipta kandungan, Unoo Yuno atau lebih mesra dengan panggilan Yuno, kini mengorak langkah lebih jauh dalam arena muzik tempatan apabila melancarkan single terbaharunya berjudul ‘SALTING’ pada 16 Oktober lalu.

Lagu itu diedarkan menerusi NAR Music Channel dan dilihat menjadi satu lagi detik penting buat Yuno dalam perjalanan seninya, selain membuka peluang untuk karyanya diperkenalkan kepada lebih ramai pendengar.

Yuno yang meminati pelbagai genre muzik termasuk klasik, akustik dan kontemporari, menganggap muzik bukan sekadar hiburan, sebaliknya medium untuk menyampaikan emosi, cerita dan ekspresi diri.

Selain bergiat aktif dalam dunia nyanyian, penyanyi itu turut membina hubungan rapat dengan peminat menerusi platform media sosial, sekali gus mengukuhkan identitinya sebagai seorang artis yang mahu terus berkembang.

Menurutnya, perjalanan sebagai artis bukan hanya tentang menghasilkan muzik, tetapi juga usaha berterusan untuk mencuba perkara baharu serta berkongsi sisi kreatif dirinya dengan khalayak.

“SALTING” diharap dapat menemui pendengarnya dan menjadi sebahagian daripada perjalanan seni Yuno yang masih panjang. Dia turut berharap sokongan peminat dan pendengar akan terus menjadi suntikan semangat untuk berkarya serta meneroka lebih banyak peluang dalam industri muzik tempatan.

Single ‘SALTING’ kini boleh ditonton dan didengari menerusi saluran rasmi NAR Music Channel di YouTube: https://youtu.be/T9XKfo7RVjM?si=ZCd-FH31mfMIKyq5


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page