Fabio Asher & Nadhif Basalamah Bina ‘Rumah Hati’ 26 Julai Ini
Peminat muzik galau, balada cinta dan jiwa romantis wajib menanda kalendar apabila dua penyanyi sensasi Indonesia, Fabio Asher dan Nadhif Basalamah bakal bergabung dalam sebuah konsert eksklusif berjudul Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur pada 26 Julai 2026 di Mega Star Arena.
Menariknya, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjanjikan malam penuh emosi, healing dan momen yang dekat di hati peminat menerusi tema “Satu Rasa, Dua Cerita.”
Fabio Asher yang cukup dikenali dengan lagu-lagu patah hati dan balada menyentuh jiwa bakal bergandingan dengan Nadhif Basalamah, penyanyi muda yang memiliki aura puitis serta karya dekat dengan realiti generasi masa kini.
Gabungan dua nama besar itu dijangka mencipta ledakan emosi di pentas apabila masing-masing membawa identiti muzik tersendiri, namun berkongsi rasa yang sama iaitu cinta, kerinduan dan perjalanan mencari bahagia.
Lebih menarik, konsep Rumah Hati direka bagi mewujudkan suasana intim antara artis dan penonton, seolah-olah setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai kisah tersendiri untuk dirasai bersama.
Konsert anjuran Cerita Project & Events Sdn Bhd dengan kerjasama rakan strategik Jiwa Kacau itu dijangka menjadi antara acara paling ditunggu peminat muzik Indonesia di Malaysia.

Antara kategori tiket berdiri ditawarkan ialah Hati (RM228), Rasa (RM188) dan Cerita (RM98). Bagi tempat duduk pula, kategori tersedia adalah Super VIP Sofa Couple Seat (RM888), VIP Premium Seating (RM268), Rumah Preferred Seating (RM228), Cinta Standard Seating (RM188) dan Ruang General Seating (RM98).
Tiket rasmi akan mula dijual pada 1 Mei 2026, jam 3 petang menerusi platform IlassoTickets.
