May 6, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Drypers & Vinda Lancar ‘Parent-preneurs: The Power Duo’, Perkasa Ibu Bapa Jana Pendapatan

Spread the love

Dalam usaha memperkasa institusi keluarga moden, Drypers dan Vinda memperkenalkan platform terbaharu Parent-preneurs: The Power Duo, yang bukan sahaja memberi fokus kepada penjagaan bayi, malah membuka ruang kepada ibu bapa menjana pendapatan melalui perkongsian pengalaman harian.

Inisiatif berkenaan dilihat sebagai langkah progresif dalam mendepani perubahan gaya hidup masa kini, apabila ibu bapa bukan lagi sekadar pengguna, sebaliknya turut memainkan peranan sebagai pencipta kandungan dan pengaruh dalam komuniti digital.

Program yang berlangsung di The Vertical Connexion itu menghimpunkan kira-kira 700 rakan afiliasi, ibu bapa serta pencipta kandungan dalam suasana interaktif dan penuh informasi.

Ketua Pengurus Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling berkata, platform berkenaan merupakan kesinambungan kepada inisiatif tahun lalu yang memberi tumpuan kepada sokongan produk dan panduan kepada ibu bapa.

“Melalui Parent-preneurs: The Power Duo, kami menggabungkan kekuatan dua jenama di bawah satu teras iaitu ‘Comfort for Baby, Strong for Every Mess’, sejajar dengan keperluan sebenar keluarga hari ini.

“Kami mahu membantu ibu bapa bukan sahaja dalam rutin harian, tetapi turut memberi peluang praktikal untuk mereka menjana pendapatan melalui pengalaman dan testimoni sebenar,” katanya.

Acara sehari itu turut memberi peluang kepada tetamu dan media melihat secara dekat produk baharu dan dipertingkat seperti Drypers Wee Wee Dry serta rangkaian Vinda Deluxe Kitchen yang direka untuk memenuhi keperluan keluarga aktif.

Selain itu, program berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi rangkaian pencipta kandungan, aktiviti kekeluargaan serta persembahan khas penyanyi Aisha Retno.

Turut mencuri perhatian ialah sesi perkongsian ilmu oleh pakar perunding pediatrik dan dermatologi pediatrik, Dr. Mimi Wong yang menyentuh kepentingan penjagaan kulit bayi serta pemilihan produk selamat.

Mengulas lanjut, kolaborasi antara Drypers dan Vinda dilihat mencerminkan perubahan landskap keibubapaan masa kini, apabila penjagaan bayi, pengurusan rumah tangga dan peluang ekonomi semakin saling berkait.

Platform ini juga membuka ruang kepada ibu bapa untuk menukar rutin harian seperti berkongsi tip penjagaan anak atau pengalaman menggunakan produk kepada sumber pendapatan melalui program afiliasi.

Dari sudut inovasi, kedua-dua jenama mengekalkan komitmen terhadap kualiti dan keselamatan apabila produk Drypers memenuhi piawaian keselamatan Eropah, manakala rangkaian Vinda diperbuat daripada 100 peratus pulpa asli tanpa bahan kimia berbahaya.

Pendekatan menyeluruh ini dilihat mampu meringankan beban harian keluarga selain memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa dalam menguruskan kehidupan seharian yang semakin mencabar.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page