November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Vit’s Sumbang Dana Bantu Persatuan Karyawan di Konsert Amal “The Legends”

Spread the love

Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan telah menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan Karyawan. Persatuan ni bergiat aktif dalam menjaga kebajikan ahli persatuan yang dalam kesusahan terdiri dari golongan belakang tabir, individu yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam pelbagai aktivtii karya seni di Malaysia.

“Pada malam tersebut lebih dari RM 100 000.00 berjaya di kutip dari hasil jualan meja dari penderma yang bakal membantu lebih dari 100 ahli persatuan yang terdiri dari anak seni, kata Dato’ Freddie Fernandez selaku presiden persatuan sewaktu Konsert Amal ‘The Legends’ yang telah di adakan di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur pada 2 Jun lalu.

Turut berminat dalam membantu golongan yang telah berjasa dalam dunia seni ini, VIT’S sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1975 telah mengambil inisiatif positif dengan membantu memberi bantuan dana sejumlah RM 50,000 (lima puluh ribu ringgit Malaysia) kepada Persatuan Karyawan.

“VIT’S ingin bersama membentuk sebuah komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan seni, serta memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan menyumbang jasa dalam bidang seni”, ujar Pengarah Eksekutif, En YT Lai.

Selain itu juga, VIT’S telah mengambil satu lagi langkah untuk membantu ahli persatuan ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim dan menghasilkan sebuah produk Kerjasama iaitu Ramen Asam Laksa Ibu.

Dengan pembelian Ramen Asam Laksa Ibu ini, RM 1.00 (satu ringgit) akan didermakan kepada Persatuan Karyawan dan diharap agar orang ramai dapat membeli produk terbaru ini sambil beramal dan juga berharap agar inisiatif ini dapat membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan bantuan.

Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah dilancarkan oleh Yang di-Pertua Melaka Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengarah Eksekutif VIT’S Encik YT Lai dan Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim di Konsert Malam Malam Amal ini.

Konsert yang bermula pada jam 8 malam tersebut telah menyatukan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Dato’ Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribu penonton yang terdiri dari penderma yang turut bersama turun padang berhibur sambil memeriahkan konsert ini.

VIT’S turut menghidangkan menu “Ramen Asam Laksa Ibu’ di mana pengunjung boleh merasai sendiri produk tersebut. Produk keluaran terbaharu boleh didapati melalui aplikasi TikTok Shop vits_official.

Segala informasi sila lawati www.vitsnoodles.com untuk maklumat lanjut.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page