July 27, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Peminat B.I Berpeluang Memenangi Pelbagai Faedah Tambahan

1 min read
Spread the love

Penyanyi K-pop, B.I bakal mementaskan konsert solo pertamanya di sini yang berjudul B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ di Kuala Lumpur, anjuran Lo-Fi Entertainment, pada 6 petang, Ahad, 30 Jun 2024 di Mega Star Arena, KL.

Menjelang hari persembahan, B.I telah membawa beberapa siri kejutan kepada peminatnya – dikenali sebagai ID yang bermaksud “identiti”, antaranya rakaman video ucapan, serta pengumuman artis jemputan iaitu LEO yang di bawah naungan syarikatnya untuk konsert ini di ibu kota.

Tahun lepas, LEO mengeluarkan lagu single “One Look” dan terus menarik perhatian dalam bidang hiburan.

Bukan sahaja para peminat yang telah membeli tiket berpeluang memenangi pelbagai faedah peminat atau ‘fan benefits’, mereka yang ingin membeli tiket selepas ini turut berpeluang memenangi faedah tambahan seperti berikut:

  • Zon HYPE – RM788 – Faedah Peminat Tambahan: Panggilan Video Eksklusif bagi 6 peminat bertuah, Sesi Goodbye untuk 100 peminat, Gambar Berkumpulan untuk 90 peminat (Satu kumpulan 30 orang)
  • Zon UP – RM688 – Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck bagi 25 peminat, Sesi Goodbye untuk 50 peminat,
    Gambar Berkumpulan untuk 60 peminat (Satu kumpulan 30 orang)
  • Zon BE – RM538 – Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck untuk 25 peminat

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan tiket anda melalui www.ticketingtix.com. Harga tiket tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page