‘Penjenamaan’ Semula Kedai Suria
Baru-baru ini Kedai Suria yang boleh dilayari menerusi kedai.suria.my. telah tampil dengan laman web edisi baru yang lebih menarik untuk memudahkan pelanggan melihat dan membeli barangan ekslusif Suria dalam talian.
Versi terbaru Kedai Suria telah dilengkapi dengan penambahbaikan baru yang khusus direka untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua pengguna, di mana salah satunya adalah penambahan Butang Maklum Balas (Review Button) yang membolehkan pembeli meninggalkan ulasan dan berkongsi pendapat mengenai barangan eksklusif Suria serta Majalah Suria 7.
Selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, Kedai Suria juga memperkenalkan Butang Chat (Chat Button) yang membolehkan pelanggan berkomunikasi langsung bersama team Suria dengan lebih mudah dan pantas.
Lebih menarik lagi, pelanggan boleh menerima makluman terkini mengenai berita dan info berkaitan Suria FM secara pantas melalui Bar Pengumuman (Announcement Bar). Akses mudah ke rangkaian media sosial Suria Malaysia juga disediakan melalui Butang Media Sosial (Social Media Button).
Untuk raikan pelancaran laman web Kedai Suria edisi terbaru dan bagi menghargai pelanggan juga pendengar setia Suria, pelanggan boleh menikmati Set Raya Suria ‘Raikan Yang Dirai’ 2024 secara percuma dengan pembelian minimum RM90 dalam satu resit, terhad kepada 20 pembeli terawal sahaja. Selain itu, pembeli boleh menikmati diskaun sebanyak 5% dengan meninggalkan maklum balas mengenai produk Suria atau Suria 7, dan diskaun sebanyak 10% dengan mengemukakan ulasan yang disertakan dengan gambar.
Maklumat lanjut, layari laman web Kedai Suria kedai.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Laman web Suria.my I Instagram: @suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia