September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Nilai Komersial’ Aufahanie, Jadi Pilihan Ajai

Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

“Semua orang boleh menyanyi tapi tidak semua boleh menyanyi dengan baik. Saya nampak ada ‘commercial value’ pada Aufahanie selain bakat semulajadinya, dia juga ada ilmu tentang teknikal vokal dan berjaya hidupkan lagu ini dalam versi nya tersendiri.” tutur Ajai di majlis pelancaran rasmi nyanyian semula lagu ciptaannya “Saat Hilang Cintamu” di semua platform digital oleh penyanyi muda berusia 20 tahun bernama Aufahanie.

“Saya pilih lagu ini kerana ianya merupakan salah satu lagu ciptaan saya nyanyian Allahyarhamah Siti Sarah yang saya suka. Ramai kenal Allahyarhamah melalui lagu “Kesetiaan”, “Ku Teruskan”, tapi lagu “Saat Hilang Cintamu” ini agak kurang yang tahu, jadi saya beri nafas baru yang lebih segar dan olah semula susunan muzik dalam versi orkestra dengan harapan yang lebih besar.” sambung Ajai lagi.

Idea rakaman semula lagu ini sebenarnya dicetuskan oleh Indigital Music yang mahukan Aufahanie menyanyikan semula sempena ulangtahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 ogos yang lalu. Dengan gembira dan berbesar hati, Aufahanie menganggap usaha ini sebagai satu tribute hormat, sementelah lagi beliau sangat meminati lagu ini sejak kecil. “Siapa yang tidak teruja dapat bekerjasama dengan Abang Ajai, seorang komposer hebat dan ternama. Saya sambut peluang ini dengan rasa tak percaya, masuk studio dan rakam semula, ambil masa 5 jam jugalah, pengalaman yang sangat berharga. Saya harap saya mampu buat lagu ini lebih istimewa.”

Ditemui pada sidang media petang 17 November, Aufahanie memperdengarkan mersik suaranya secara live terdahulu sebelum Muzik Video terbaru bagi lagu tersebut ditayangkan di skrin LED. Penyanyi yang menempa nama melalui Big Stage sebagai finalis ini, selain dari memiliki vokal yang serasi menunjukkan kesungguhan serius dalam menghidupkan semula lagu “Saat Hilang Cintamu” ini dengan versi tersendiri. Ciri-ciri inilah memberi keyakinan tinggi pada Ajai untuk berkolaborasi bersama Aufahanie. “Rencana nya nanti akan ada single baharu untuk Aufahanie, begitu juga dengan full album. Namun sebagai langkah pertama, kita keluarkan dulu lagu ini sementara menunggu lagu baru.”

Lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Musrad ini merupakan salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Siti Sarah pada 2003 berjudul Mimpi Pun Sama. Inisiatif gabungan dua label Indigital Music dan Wake The Baby mengharap reaksi positif para peminat di luar sana, khususnya yang memang meminati lagu ini setelah sekian lama untuk memberi sokongan buat pelapis baru demi industri muzik yang lebih maju.

Jangan ada yang banding-bandingkan, kita raikan perubahan kerana masing-masing ada stail dan cara tersendiri, kedua-duanya istimewa dan sama hebat dalam waktu yang berbeza.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page