September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Pembalasan Bermaruah ‘Malayneum’ Garapan Butterfingers

Spread the love

Oleh:  Zubir

Kali terakhir Butterfingers menggegar Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2019 menerusi Konsert Transcendence 20 Tahun. 7 Oktober lalu, mereka sekali lagi mencipta sejarah tersendiri di hadapan 6000 peminat yang sentiasa dahagakan persembahan bertenaga daripada band yang sarat dengan nuansa grunge itu.

Meskipun jumlah kehadiran sedikit kurang berbanding konsert sebelumnya, namun itu bukanlah alasan untuk Butterfinggers terus ‘belasah’ khalayak dengan aksi-aksi bertenaga selain lontaran vokal yang berkesinambungan di antara mereka.

Tirai Konsert Malayneum 23 Butterfingers di singkap seawall jam 8.45 dengan lontaran ‘Malayneum’ yang memberi seribu makna bagi meraikan dua dekad album keempat itu.

‘Malayneum’ bagai membawa khalayak merentasi tahun 2000 di mana idea penghasilklan album tersebut di rialisasikan, meskipun Loque pernah menyatakan Ketika merakamkan album tersebut mereka agak bosan dengan ‘power chords’, otak juga sudah pecah kepada pelbagai saluran kreativiti.

Namun 7 oktober lalu, Butterfinggers seolah-olah memberi bayangan bahawa apa yang di garap dalam album tersebut sebenarnya tafsiran palsu.  Mereka kelihatan cukup ‘happy’ dengan apa jua persepsi yang di lontarkan terhadap album tersebut.

3 Jam di atas pentas membawa penonton dengan pelbagai warna muzik dan mengaplikasikan semua bunyian di atas pentas yang sarat dengan limpahan cahaya dan gemaan muzik yang melengkapi di antara satu sama lain membuktikan Butterfingers masih lagi berada di tahta ‘grunge’ tempatan.

Lebih menarik, Emmett juga tampil mengotakan janjinya dengan bermain gitar sambil bergerak sebagai vokalis utama.Benar apa yang dikatakan sebelum ini, konsert itu boleh disimpulkan sebagai ‘balas dendam’.

Ini kerana ketika Konsert Transcendence 20 Tahun pada 2019, pemain bes, Kadak mengalami sesak nafas di belakang pentas sehingga tidak dapat meneruskan konsert.

Hanya persembahan secara akustik tanpa petikan gitar bes disajikan Loque, Emmett dan Loko kepada peminat.

Konsert Malayneum 23 Butterfingers yang diadakan di Stadium Malawati itu sekali lagi dipilih bagi mengimbau magis kejayaan kejayaan Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati pada 2 November 2019.

Butterfingers juga mengotakan untuk membawakan lagu yang jarang mereka persembahkan, buktinya Antidotes pertama kali di lontarkan di pentas konsert.

Antara lagu lain yang dipersembahkan termasuklah No One Else, Antidotes, State Of Abbysmal, Ugly, Faculties, Floating In A Vacuum, Mating Season, Pretty Rain, Royal Jelly, The Chemistry, Epitome, Garden C, Pacific, Viopipe, Wet Blanket, Skew, To Gather, E, Sad Sunday, Sober, Chrome, Inhale dan Suddenly.

Lebih menarik Konsert Malayneum 23 turut memaparkan elemen akustik dan elektronik seperti penggunaan ensemble biola ‘string quartet’, ‘horn section’ hasil kerjasama Kuartet Kolumpo dan juga permainan runut sampel antaranya suara Cikgu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan synthesizer.

Konsert berakhir pada hampir jam 12 tengah malam itu ditutup dengan segmen ‘encore’ menerusi lagu Jump And Dive dan Tahun 2001.

Konsert Malayneum 23 yang di anggap sebagai konsert ‘hari raya’ Butterfingers berjaya melengkapkan portfolio sebagai konsert yang padat dengan rencah grunge, alternatif dan indie rock yang diterjemahkan di atas pentas yang ikonik.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page