Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025: Festival Raya 196 Jam Penuh Kejutan

Festival jualan raya paling dinanti-nantikan, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, bakal berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025. Selama 11 hari dan 196 jam, acara ini bukan sekadar pameran jualan, tetapi satu pengalaman penuh warna-warni yang menggabungkan festival raya dan festival makanan dalam satu acara besar-besaran dimana tagline yang mereka tekankan “Shopping Awal Tak Kalut”.
Dengan pencapaian yang bakal tercipta dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang dan terlama di Malaysia, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa buat pengunjung. Pelbagai tarikan istimewa telah dirancang, termasuk cabutan bertuah harian dengan lebih 300 gold coin serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car) yang pastinya akan menarik perhatian ramai.
Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, festival ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan setiap malam, memastikan suasana lebih meriah dan penuh hiburan. Selain itu, 80 booth makanan eksklusif dari Rasa Fusion Food Festival akan menawarkan pelbagai juadah enak bagi memeriahkan suasana Ramadan, menjadikannya festival pertama yang menggabungkan pameran raya dan festival makanan dalam bulan puasa.

Keunikan festival ini diperkukuhkan dengan adanya live booth percuma bagi vendor terpilih serta sesi podcast harian sepanjang acara, yang akan membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan persiapan raya dan trend terkini.
Acara ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran jenama terkenal seperti Prima Valet dengan barisan duta-duta mereka serta selebriti dan influencer terkenal seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli dan beberapa food influencers lain yang bakal menjadi daya penarik tambahan kepada festival ini.

“Festival ini dirancang dengan teliti semata-mata untuk memberikan pengalaman membeli belah yang lebih santai dan teratur. Kami juga mahu pelanggan dapat membuat persiapan raya dengan tanpa rasa ‘kalut’”, ujar Hafiidzzul selaku CEO Mivas City Sdn Bhd sewaktu sidang media yang telah diadakan di WTC Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.
Gerobok Biru Gegak Gempita Raya bukan sekadar festival biasa, tetapi satu platform yang mengangkat keunikan budaya, gaya hidup dan tradisi rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dengan pelbagai pilihan fesyen raya, biskut tradisional, gajet dan telco, dekorasi rumah, produk kecantikan serta banyak lagi, pengunjung pasti akan menemui segala keperluan mereka di bawah satu bumbung.

Acara ini mendapat sokongan daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner serta VNM Studio sebagai Official Media Partner.
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan sendiri kemeriahan festival ini dan menikmati pengalaman membeli-belah yang luar biasa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui email di [email protected] atau layari laman social media tiktok/facebook/Instagram : @gerobokbiru