Sarangkeras: Jengka Brutal Grind Fest Bakal Gegarkan Jengka

Peminat muzik ekstrem bakal disajikan dengan aksi sembilan band menerusi acara Sarangkeras: Jengka Brutal Grind Fest yang akan berlangsung pada 7 November ini.
Dianjurkan oleh Jengka Metalhead Troopers, acara tersebut akan berlangsung di Sarangkeras Studio bermula jam 5 petang hingga selesai.
Antara band yang bakal membuat persembahan ialah Brain Suck, Tools of the Trade, Brain Suck dari Indonesia, Terror Riser, Compulsion to Kill, Kasrakass, Padang Lalang, Abyssless dan Rotgut.
Acara berkenaan dijangka menjadi satu lagi himpunan penting buat komuniti muzik bawah tanah, khususnya peminat genre grind dan muzik ekstrem.

Tiket dijual pada harga RM50 bagi pembelian awal (presale) manakala harga di pintu masuk ialah RM60.
Penganjur turut menawarkan pakej terhad membabitkan tiket bersama baju-T rasmi acara pada harga RM100.
Tawaran pakej berkenaan hanya dibuka sehingga 15 Oktober 2026.
Sarangkeras: Jengka Brutal Grind Fest turut mendapat sokongan daripada Sarangkeras Bawah Tanah, My Media Syndicate dan Besihitam.

