Astro Gegarkan Disember Dengan Dua Konsert Mega

Dua malam berturut-turut bakal menyaksikan pentas Idea Live Arena, 3 Damansara, dibanjiri peminat muzik apabila Astro membawakan dua konsert mega menerusi Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember ini.
Kedua-dua acara yang bermula jam 8 malam itu menghimpunkan barisan artis popular daripada pelbagai genre muzik, sekali gus menawarkan pengalaman hiburan berbeza kepada peminat.
Konsert Sooka bakal menampilkan Kudrat Boys, The Lantis, Insomniacks, Bunkface dan Kugiran Masdo dalam sebuah persembahan yang menjanjikan deretan lagu popular serta aksi pentas bertenaga.

Peminat boleh memilih enam kategori tiket iaitu DISTORT (RM128), ATTACK (RM188), MOSH (RM208), GIG (RM258), SOLO (RM288) dan RIFF (RM388), merangkumi pilihan tempat duduk serta ruang berdiri mengikut kategori masing-masing.
Sementara itu, Konsert Vaganza pada 6 Disember pula tampil dengan barisan lebih besar apabila menghimpunkan Datuk Ziana Zain, Dato’ Ramli MS, Tenxi, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Mimi Fly, Odda, Ratu, Ammara dan ALPHA.
Lebih menarik, konsert berkenaan turut menampilkan kemunculan khas beberapa peserta Gegar Vaganza Fantasia, sekali gus menambah tarikan kepada peminat program realiti popular itu.

Sebanyak sembilan kategori tiket ditawarkan iaitu GEMPAK (RM188), MANAGER (RM288), SUPERSTAR (RM388), MELETOP (RM488), IMPIAN (RM488), STAGE (RM588), KILA UAN (RM588), HIGH COUNCIL (RM688) dan GEGAR (RM788).
Kategori GEGAR turut menawarkan pengalaman eksklusif Meet & Greet Soundcheck Experience kepada peminat yang mahukan pengalaman lebih dekat bersama artis.
Tiket bagi kedua-dua konsert kini boleh didapati menerusi platform Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/astro/konsert.
Untuk maklumat lanjut, layari gempak.com.
