Kekal Bertenaga, Kekal Cergas dan Kekal Remaja Cara Ernie Zakri
Teks Oleh: Sakka Emwai
Beliau seorang penyanyi, penulis lagu, isteri, ibu dan artis yang berbakat besar, saban hari mengerah keringat dalam kerjaya kreatif di samping tanggungjawab terhadap keluarga tercinta. Ternyata ianya adalah satu cabaran untuk terus kekal berkerjaya sebagai artis yang bernama Ernie Zakri.
Keseimbangan antara komitmen keluarga dan kerjaya adalah teras demi mencapai cita – citanya, namun, Ernie Zakri telah menemui solusi yang ingin dikongsikan bersama para peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia. Memperkenalkan Zeleb+ NMN Zeleb+ NMN adalah suplemen yang membantu bagi mengekalkan tenaga fizikal yang amat diperlukan oleh Ernie untuk terus kekal fokus dalam melahirkan idea- idea kreatif, semasa sesi rakaman, pertunjukan pentas dan tidak ketinggalan juga komitmen sebagai seorang isteri dan ibu. Zeleb+ NMN juga membantu meningkatkan fungsi kognitif beliau terutamanya dalam situasi yang mencabar.
Penemuan ini terhasil atas kerjasama Ernie di bawah Universal Music bersama Surya Malaysia dalam misi mempromosikan gabungan muzik dan kesejahteraan bagi meningkatkan landskap kesihatan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping mendekati artis pujaan mereka.
Melihatkan populariti dan kredibiliti Ernie Zakri, Surya Malaysia yakin sasaran dalam misi mereka akan tercapai dalam kempen Zeleb+ NMN ini dan sudah tentu peminat Ernie sendiri ingin tahu rahsia beliau untuk terus kekal cergas, cerdas, bertenaga dan sudah tentunya untuk terus kekal remaja.
Kerjasama antara Universal Music dan Suya Malaysia diperkukuhkan lagi dengan penglibatan Watsons yang bertindak sebagai pengedar rasmi Zeleb+ NMN. Watsons amat teliti tentang standard dan kualiti barangan jualannya dan dengan Zeleb+ NMN, Watson percaya keberkesanan dan kepuasan terhadap para pelanggannya.
Kelebihan Zeleb+ NMN selain dari diuji secara saintifik, ianya dirumus dengan 99% NMN(nicotinamide mononucleotide) tulen untuk meningkatkan tenaga dengan lebih berkesan. Ianya terdiri dari empat bahan aktif iaitu 250mg NMN, pterostibene yang terdapat dalam buah anggur dan anthocyanidin dalam birberry, untuk menyenggara sel – sel berkaitan usia, ianya ditambah dengan betaine yang terdapat dalam ubi bit. Suplemen ini didatangkan dalam perisa anggur botani yang lazat, ianya rendah lemak, rendah natrium ultra rendah dan tinggi kandungan protein. Suplemen ini boleh dinikmati pada bila – bila masa yang amat sesuai dengan gaya hidup moden dan aktif.
Zeleb+ NMN boleh didapati di semua farmasi Watsons yang terpilih, aplikasi dan webstore Watsons. Untuk info lebih lanjut, sila layari www.watsons.com.my.