November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Nabila Razali Duta Baharu Revolusi Terkini Bougas Beauty

Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

“Pelantikan Nabila Razali amat bersesuaian kerana pesona ceria, unik dan berseri milik Nabila melambangkan wajah baharu yang segar untuk barisan produk asas penjagaan kulit Bougas dengan pelbagai rona ceria yang baru, yang dilancarkan hari ini.” ujar Puan Erni Amanina Amin selaku Pengasas dan Pengarah Syarikat Bougas Beauty ketika ditemui pada Majlis ‘Bougas Raya Premiere: Pelancaran Produk dan Menyingkap Duta Terbaharu’ telah diadakan berlokasi di GlamHall Damansara pada tanggal 5 Mei 2024 yang lalu.

“Pembaharuan pada wajah produk Bougas mampu untuk memberi imej segar terhadap jenama Bougas selain dapat menarik minat pelanggan baharu dan mengekalkan perhatian serta kesetiaan pelanggan sedia ada.” tambahnya lagi. “Trend semasa perlu disesuaikan dan keperluan pelanggan Bougas juga amat kami titikberatkan. Semoga dengan perlantikan memilih Nabila Razali sebagai Duta Jenama Rasmi dapat membawa sinar baharu untuk Bougas Beauty terus melangkah maju.”

Puan Erni yang tampak jelita berseri-seri mengenakan busana traditional merah saga sedondon bersama suami tercinta Encik Muhammad Faisal Salehuddin telah bersama-sama memotong riben tanda simbolik perasmian pada petang itu sebelum majlis diserikan dengan kemunculan istimewa Nabila Razali. Mendendangkan hadirin semua dengan sebuah lagu “Raya Mana?”, Nabila Razali bergandingan dengan Pempengaruh TikToker Terkenal, Agy menari bersama diiringi penari-penari dewasa dan cilik yang terlebih dahulu muncul dengan irama joget berlatarbelakangkan lagu Dayang Nurfaizah, “Umpan Jinak Di Air Tenang.”

Majlis Bougas Raya Premiere yang diserikan dibawah kelolaan Pempengaruh TikToker Terkenal Nani Roslan selaku Pengacara Majlis, turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tahahair seperti Sheryl Shazwanie, Izreen Azminda, ramai pempengaruh media sosial dan penjual semula sah Bougas Beauty serta penampilan istimewa mengejut dari Bella Astillah. Kehadiran Bella Astillah sememangnya sengaja dirahsiakan, muncul secara tiba-tiba mendendangkan sebuah lagu cover trademark kegemarannya “Masing-Masing” nyanyian asal oleh Ernie Zakri.

Rata-rata yang bertemu empat mata dengan Bella Astillah pada petang itu memberi pelukan mesra dan ada yang menitiskan airmata sebaik sahaja beliau usai berlagu. Sentiasa tampil cantik dan comel berbusana merah jambu, Bella sedaya upaya tersenyum manis pada semua hadirin untuk menyembunyikan duka. Bella tidak putus-putus mengucapkan sekalung Tahniah buat rakan selebriti Nabila Razali di atas perlantikan duta pada petang itu.

Bermula sejak tahun 2017, Bougas Beauty yang sangat dikenali sebagai sebuah jenama produk-produk penjagaan kulit dan kecantikan tempatan, pernah memperkenalkan Duta Kecantikannya seperti Elfira Loy sebagai duta rasmi pertama. Seterusnya diikuti dengan Amira Othman, Wany Hasrita, Tasha Manshahar, Hanis Zalikha dan yang paling mutakhir adalah Nabila Razali.

Perlantikan personaliti industri muzik dan TV Malaysia itu dibuat sebagai satu langkah inisiatif bagi melancarkan wajah baharu barisan produk asa penjagaan kulit Bougas Beauty. Bougas Beauty meneruskan momentum perniagaannya dengan mengembangkan lagi jaringan produk Bougas dengan usaha penambahan produk terbaharu iaitu Pencuci Muka (Facial Cleanser) dengan formula yang berbeza. Bougas Beauty cukup terkenal dengan 6 produk asas penjagaan kulit iaitu Facial Cleanser, Face Scrub, Advance Serum, Rejuvenating Toner, Hydrating Sunscreen dan All-Day Moisturizer.

Nabila Razali ketika ditemui berkata “Sudah tentu saya sendiri telah mencuba produk Bougas Beauty sebelum menerima lamaran sebagai duta rasmi ini. Yang paling sering disebut-sebut tentulah Advanced Serum yang merupakan Best Seller dan Hydrating Sunscreen, saya paling suka kerana teksturnya yang tidak melekit dan cepat meresap. Waterbased Bougas Serum adalah yang pertama di Malaysia sangat sesuai untuk kulit sensitife yang mampu merawat masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam.”

Tampil manis berbusana rona hijau mint, Nabila Razali bercerita lagi “Sejak mengamalkan penggunaan Bougas Beauty, kulit saya tampak lebih sihat, lebih cerah dan anjal. Ia turut membantu melembutkan kulit, muka jadi licin dan membantu melambatkan proses penuaan. Disebabkan ianya berasaskan air, saya tak perlu risau masalah alahan pada kulit. Apatah lagi produk-produk yang lain berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan, tiada bahan berbahaya, saya yakin ianya selamat digunakan.”

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan produk Bougas Beauty, boleh lah menghubungi secara terus dengan Nursyahirah selaku PR Bougas Beauty di talian 012-4786045 atau email [email protected]


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page