Suntikan Semangat Kepada Penganjur Ekoran Kejayaan Konsert Incubus Di Kuala Lumpur
Penganjur konsert ‘Incubus Live In Malaysia’, yang diadakan di Kuala Lumpur minggu lepas telah mengatakan bahawa konsert tersebut adalah sebuah konsert yang dinanti-nantikan oleh peminat Incubus di Malaysa.
Menurut mereka, setelah enam tahun, akhirnya kumpulan muzik ini kembali ke Kuala Lumpur dan persembahan mereka telah dianjurkan oleh salah satu syarikat pengurusan konsert terkemuka Malaysia, Hitman Solutions. Persembahan yang menggemparkan pentas di Mega Star Arena KL pada 27 April 2024 merupakan lokasi ketiga dalam konsert jelajah ini.
Mereka juga berkata, selepas beraksi di Jakarta pada 23 April dan Manila pada 25 April, Incubus masih memberikan persembahan dengan penuh tenaga di Kuala Lumpur tanpa sebarang kekurangan. Suasana di Mega Star Arena KL begitu menggemparkan apabila lebih daripada 5,000 peminat dari dalam dan luar negara memenuhi tempat tersebut bagi menyaksikan persembahan yang begitu nostalgia.
Kumpulan muzik yang ditubuhkan pada tahun 1991 itu memberikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan rata-rata peminat yang hadir ke konsert tersebut berasa sangat berpuas hati dengan persembahan yang dibawakan. Mereka mempersembahkan lagu-lagu terbaik mereka seperti ‘Drive’, ‘Anna Molly’, dan ‘Wish You Were Here’.
Peminat yang menyaksikan konsert tersebut sudah pada akan mengingati suara penyanyi utama Brandon Boyd ditemani pemain gitar Mike Einzinger, pemain dram José Pasillas serta penampilan baru pemain bass Nicole Row. Semua itu juga membuat penonton tidak duduk diam dari mula sehingga akhir konsert.
Menyaksikan kejayaan itu, Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Solutions, mengatakan bahawa selepas menganjurkan tiga konsert rock – UND3RGROUND, Sum 41: Tour of the Setting Sum (The Final Tour) dan Incubus Live in Malaysia pada tahun ini, mereka melihat kebangkitan semula genre ini.
“Sambutan positif dari konsert-konsert anjuran kami adalah semangat untuk kami bawakan lebih ramai lagi artis antarabangsa ke Malaysia.
“Kami ingin membuka lebih banyak peluang untuk peminat-peminat lokal menyaksikan persembahan artis antarabangsa kegemaran mereka di Malaysia dan Incubus pastinya telah memberikan persembahan yang luar biasa. Kami juga teruja untuk menyediakan peluang seumpama ini bagi para peminat rock tempatan,” kata Rohit.
Memandang ke hadapan, Rohit juga berkongsi, “Sebagai sebahagian daripada matlamat sambutan ulang tahun kami yang ke-15, kami bersedia untuk menjadikan tahun 2024 satu tahun yang besar dengan beberapa perancangan konsert yang akan datang serta genre muzik dan artis yang berbeza. Tahun ini bakal menjadi tahun penuh sambutan dengan menerokai lebih banyak lagi peluang untuk membantu industri muzik dan hiburan tanah air.
“Walaupun kami terus berkembang dalam genre dan arena rock, kami tidak lupa untuk melihat dan cuba membawakan genre muzik yang berbeza-beza. Edisi kedua Pinkfish Music and Arts Festival pada 8 Jun 2024, bakal menampilkan artis seperti Armin Van Buuren, Miss Monique, AVAO, dan Topic, menjanjikan satu festival muzik dan seni yang menarik untuk peminat festival di Malaysia dan negara-negara jiran.”
“Oleh itu, nantikan pengumuman-pengumuman tentang acara dan tarikh-tarikh akan datang,” katanya.
Konsert ‘Incubus Live In Malaysia’ dijayakan dengan sokongan rakan-rakan penaja; Fly FM dan Hot FM (Radio Rasmi), serta sokongan daripada Rockstar Touring dan LAMC Productions. Untuk pertanyaan mengenai acara dan konsert yang akan datang dari Hitman Solutions, sila hubungi kami di 012-2655783 atau [email protected].