December 13, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Shaffiq Erwin Kembali Dengan Single Terbaharu “Janjir”

Spread the love

Selepas lebih sedekad membina nama sebagai guru vokal dan penyanyi, Shaffiq Erwin atau lebih mesra dikenali sebagai Apit kembali menghangatkan industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul “Janjir”.

Shaffiq mula dikenali sebagai penyanyi sejak tahun 2012 namun mengambil sedikit masa menyepi sebelum kembali mencabar diri dalam program realiti TV3, Famili Duo pada 2020. Kemunculannya bersama penyanyi terkenal Ara Johari sebagai peserta “one-off” telah membuahkan kejayaan apabila mereka diumumkan sebagai juara episod Famili Duo Saudara. Rentetan itu, pasangan duet ini sekali lagi menyerlah dalam Famili Duo musim kedua pada 2023 apabila berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Tahun 2025 menandakan fasa baharu dalam perjalanan seninya apabila Shaffiq tampil dengan “Janjir”, sebuah karya yang menonjolkan keberaniannya meneroka genre Rockdut gabungan unik antara rock dan dangdut. Selain alunan melodi yang segar, lirik lagu ini turut menyentuh emosi pendengar apabila mengisahkan tentang pasangan yang pernah berjanji untuk setia, namun janji itu dimungkiri dan hanya diingati semula apabila kesusahan melanda.

Single ini merupakan hasil ciptaan dan terbitan bersama Rudy Nastia, Aizad Khan dan Shaffiq sendiri di bawah naungan Sevoce Studio dengan edaran Universal Music Malaysia.

Bagi melengkapkan pelancaran, muzik video “Janjir” hadir dengan visual ceria bertemakan rona merah jambu dan putih. Kolaborasi bersama Kunafa Aiwah, Anas Lips Serum dan Heetam Puteh menambahkan kemeriahan produksi, manakala penyuntingan disempurnakan oleh Shiha Zikir Empire.

“Janjir” mula ditayangkan di YouTube dan semua platform digital bermula 12 November 2025. Shaffiq Erwin berharap agar rakan media dan pendengar dapat terus menyokong karya terbaharunya serta perjalanan muziknya selepas ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page