December 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Wirama Rock ‘Kembali’ Menambat Rockers Singapura

Spread the love

Rock Fest 2024:  Pertembungan D’Otaiboyz, Life Petal, Elemental dan Konpirazy

Foto Kredit:  Man LP

Ungkapan ‘Rock Never Dies’ itu sememangnya satu sumpahan buat penggemar mahupun pengikut genre rock itu sendiri.  Ternyata sumpahan keramat itu menjadi ‘azimat’ yang menghasilkan jutaan pengikut genre rock di seluruh dunia.  Berpaksikan ungkapan tersebut maka lahirlah idea LP Productions untuk menganjurkan Rock Fest 2004 yang telah berlangsung di Phil Studio 1Selegie Rd, Singapura pada 8 Disember lalu.

Rock Fest 2004 yang menyaksikan pertempuran hebat empat jentera yang berkiblatkan pelbagai genre berjaya di satukan di sebuah pentas. D’Otaiboyz, Life Petal, Elemental dan Konpirazy sewajarnya mampu mendabik dada apabila berjaya menghimpunkan lebih 250 peminat tegar muzik rock sekaligus melakar sejarah peribadi kerana tiket telah habis terjual.

Sesuatu yang di luar jangkauan minda kerana idea ‘Rock Fest 2024’ yang diinspirasikan oleh Joey juga gitaris Konspirazy secara dasarnya hanya ingin membuat comeback tetapi bertukar menjadi sebuah gigs yang cukup meriah dengan persembahan yang cukup agresif dan berenergi namun sarat dengan elemen ‘rock timur’.  Ianya turut diperkukuhkan oleh Indra dari Elemental yang ‘dahagakan’ persembahan pentas, meskipun berskala kecil namun sarat dengan kepuasan.

Peminat di Singapura itu sendiri sedia maklum bahawa pasaran muzik rock yang tampak ‘slow’ berbanding di awal 80an.  Gig yang mempertemukan empat band dengan genre berbeza: Life Petal dengan pendekatan Symphonic Rockestra Ballad, D’OtaiBoyz yang versatil, Elemental dengan rock gaya Indonesia seperti Radja, dan Konspirazy dengan sentuhan Glam Rock nyata berjaya mengembalikan nostalgia kegemilangan genre tersebut.

Beraksi selama 30 minit dan tampil antara 5 hingga 6 buah lagu sudah pastinya ‘merobek’ kerinduan  untuk mempamerkan segala ‘ilmu’ yang di pelajari sewaktu jamming.  Mungkin ianya tidak mencukupi tetapi ianya adalah kepuasan dengan bersaksikan $25 yang dikenakan.  Sokongan peminat yang rata-rata berusia 40an dan ke atas itu adalah ‘spirit’ sebenar rock.

“Harapan saya supaya genre rock itu tak akan mati begitu sahaja walaupun saya akur ada pihak penganjur yang lain memang lebihkan memilih artis untuk membuat persembahan sedangkan ada artis yang tak diberikan peluang untuk turut serta event,” ujar Luqman Hakim selaku Penganjur.

“Senang cakap artis sama je yang perform, dan saya harap untuk artis solo dan band kalau boleh keluarkan produk sendiri dari perform lagu-lagu cover sebab kita sebagai pemuzi ini kena kreatif”, tambahnya.

Berpaksikan ‘Rock Fest 2024’ LP Productions mempunyai visi untuk terus mengembangkan platform ini, dimasa hadapan yang mungkin merangkumi kolaborasi antara band dari Singapura dan Malaysia.

Matlamat utama acara ini adalah untuk menghidupkan semula industri muzik tempatan, memberi peluang kepada artis yang kurang mendapat perhatian, dan menggalakkan penghasilan karya original. Penganjur percaya bahawa muzik rock masih mempunyai tempat tersendiri dalam industri hiburan dan komited untuk memberi ruang kepada bakat tempatan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page