July 31, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Yung Kai Kembali ‘Membiru’ Zepp KL

Spread the love

Selepas jelajah Amerika Utara, bintang indie-pop alternatif Kanada singgah Kuala Lumpur pada 6 November, jualan tiket bermula 6 Ogos

Selepas mencipta fenomena menerusi lagu viral blue yang meraih lebih dua bilion penstriman di seluruh dunia, penyanyi dan penulis lagu indie-pop alternatif dari Kanada, yung kai bakal kembali menghiburkan peminat Asia menerusi siri jelajah terbaharunya, stay with the ocean, i’ll find you: Asia 2026.

Malaysia sekali lagi menjadi destinasi pilihan apabila penyanyi itu dijadualkan membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur pada 6 November depan, sekali gus memberi peluang kepada peminat tempatan menyaksikan persembahan penuh emosinya secara langsung.

Konsert di Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada jelajah terbesar yung kai di Asia setakat ini yang merangkumi sembilan bandar utama termasuk Shanghai, Bangkok, Singapura, Manila, Taipei, Hong Kong, Seoul dan Tokyo.

Jelajah itu hadir selepas kejayaan besar siri konsertnya di Amerika Utara selain kejayaan menjual habis tiket jelajah Asia pada 2025, membuktikan populariti penyanyi berusia muda itu terus berkembang di rantau ini.

Mengulas mengenai kepulangannya ke Asia, yung kai meluahkan keterujaan untuk kembali bertemu peminat.

“Asia don’t you worry… yung kai is back!!!!!”

Sepanjang persembahan nanti, peminat dijangka dihiburkan dengan lagu-lagu popular termasuk blue dan teach me how to dance, selain beberapa karya daripada album sulungnya, stay with the ocean, i’ll find you.

Nama yung kai semakin mendapat perhatian dunia sejak kejayaan luar biasa lagu blue pada 2024 yang bukan sahaja mencatat lebih dua bilion penstriman, malah menerima pensijilan emas di Amerika Syarikat dan Kanada.

Berbekalkan gabungan pengaruh budaya Cina dan Kanada, muziknya menampilkan elemen indie-pop yang santai, atmosfera melankolik serta lirik yang dekat dengan emosi pendengar, sekali gus menjadikannya antara artis generasi baharu yang semakin mendapat tempat di pentas antarabangsa.

Tahun ini turut menyaksikan kariernya terus melonjak apabila dicalonkan dalam kategori Breakthrough Artist of the Year di Anugerah JUNO, selain membuat penampilan sulung di festival terkenal Head in the Clouds anjuran 88rising.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket lebih awal, Artist Presale dibuka pada 3 Ogos, diikuti Mastercard Presale bermula 4 hingga 5 Ogos, manakala Live Nation Presale berlangsung pada 5 Ogos.

Jualan tiket kepada orang ramai pula akan dibuka bermula 6 Ogos jam 11 pagi menerusi golive-asia.com. Konsert ini dijangka mendapat sambutan hangat berdasarkan rekod jualan habis jelajah Asia penyanyi itu sebelum ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page