December 11, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Nilai Sentimental Joe Flizzow ‘This is Johan: A BikinSampaiJadi Story’ Terima Anugerah Kancil 2024

Spread the love

Trofi tertinggi, merangkul dua Anugerah Emas dalam kategori Filem Fiksyen dan Bukan Fiksyen (5 minit ke atas) serta Pempengaruh dan Kolaborasi

Pada 22 November lalu, acara tahunan Anugerah Kancil 2024 telah berlangsung dengan gilang-gemilang. Acara pengiktirafan yang paling dinanti- nantikan dalam industri pengiklanan tempatan kita.

Menariknya, dalam ratusan pemenang diumumkan, projek ‘This is Johan: A BikinSampaiJadiStory’ mencipta pencapaian cukup bermakna dengan membawa pulang trofi tertinggi, merangkul dua Anugerah Emas dalam kategori Filem Fiksyen dan Bukan Fiksyen (5 minit ke atas) serta Pempengaruh dan Kolaborasi.

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow, mengakui bahawa kemenangan itu memiliki nilai sentimental tersendiri, berbeza dengan pencapaian yang diraih sebelum ini. Mana tidak, pengiklanan adalah bidang yang sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.

“Saya amat berbangga dan gembira untuk keseluruhan pasukan di atas anugerah ini. Terima kasih tak terhingga buat Barney (Pengarah Dokumentari) kerana mempercayai visi yang kami perjuangkan.

“Sebagai alumni graduan dalam bidang pengiklanan semasa di kolej dulu, Anugerah Kancil semestinya sasaran teratas buat semua pengamal industri pengiklanan di Malaysia.

“Trofi ini akan saya letakkan di sebelah trofi MTV EMA dan anugerah lain yang pernah saya peroleh dalam bidang muzik sebelum ini,” kata penyanyi lagu ‘CIAO’ itu.

Pencapaian itu semestinya membanggakan keluarga besar di Universal Music Malaysia (UMM) kerana Joe juga adalah Pengarah Urusan Def Jam SEA, label Hip-Hop berpengaruh Asia Tenggara di bawah UMM sendiri.

Ditubuhkan sejak 2019, Def Jam SEA menghimpunkan lebih 25 bakat segar pelbagai latar belakang dari seluruh rantau ini. Joe menjadi tunjang penting melonjakkan lagi label itu ke tahap tertinggi ke arah misi bergelar ‘powerhouse’ di Asia Tenggara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia (UMM), Kim Lim menyifatkan Joe contoh tepat sebagau selebriti sejati yang terbukti memiliki faktor X dan dipercayai kerana impak positif dicetus kepada generasi berbeza.

“Berbeza dengan selebriti tradisional lain yang kebanyakan enggan mendekati dan memahami audiens semasa, Joe Flizzow adalah satu daripada pelopor industri yang kekal relevan dalam kalangan generasi muda.

“Menerusi projek ini, beliau berkongsi kisah peribadi, buah fikiran, dan pengalamannya yang membuka ruang untuk Gen Z dapat menyelami lagi dirinya. Keaslian sebeginilah mereka cari kerana lebih dekat dalam hati.

“UMM percaya bekerja bersama rakan jenama seperti Hotlink yang berkongsi nilai serupa dengan kami mampu gandakan lagi keterbabitan dan berkongsi minat menyatupadukan Gen Z. Kami mahu buka jalan buat mereka ikut serta jadi sebahagian daripada projek besar di masa depan,” katanya.

‘This is Johan: A BikinSampaiJadi Story’ adalah projek di bawah jenama telekomunikasi terkemuka, Hotlink. Dengan misi menjadi Jaguh 5G Termantap Untuk Muzik, Hotlink bertekad mengangkat muzik sebagai bidang yang sangat dekat di hati Gen Z. Sebagai jenama yang menjurus kepada g


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page