November 2, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Le Méridien Putrajaya Raih Dua Pengiktirafan HAPA

Spread the love

Pengiktirafan hotel lima bintang dan pengurus besar terbaik menyerlahkan kecemerlangan hospitaliti sempena ulang tahun ke-10

Memasuki usia sedekad dalam industri perhotelan, Le Méridien Putrajaya terus mengukuhkan reputasinya apabila meraih dua pengiktirafan berprestij pada HAPA® Awards 2026 Series 3.

Hotel berkenaan menerima pengiktirafan HAPA® Recommended 5-Star Hotel, manakala Pengurus Besarnya, Sonal Malik, turut dinobatkan antara HAPA® Top 10 General Managers of the Year.

Kejayaan berganda itu bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan dan standard hospitaliti hotel berkenaan, malah mencerminkan kepimpinan serta komitmen pasukannya dalam memberikan pengalaman terbaik kepada tetamu.

Anugerah HAPA® yang diperkenalkan sejak 2002 itu mengiktiraf pencapaian cemerlang pemain industri hospitaliti di Asia menerusi penilaian menyeluruh terhadap kualiti perkhidmatan dan standard operasi.

Sonal berkata, pengiktirafan berkenaan cukup bermakna kerana hadir seiring sambutan ulang tahun ke-10 hotel itu.

Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil dedikasi seluruh warga kerja yang memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman hospitaliti berkualiti kepada setiap tetamu.

“Anugerah ini bukan sahaja mencerminkan standard yang kami bina selama ini, malah semangat dan dedikasi warga kerja yang menghidupkan pengalaman hospitaliti kami setiap hari.

“Melangkah ke dekad seterusnya, visi kami adalah terus melahirkan generasi baharu tenaga kerja hospitaliti selain meningkatkan pengalaman tetamu, selari dengan falsafah Le Méridien yang meraikan seni pengembaraan dan kegembiraan menikmati kehidupan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, restoran Cina ikonik hotel berkenaan, Le Mei, turut mencipta pencapaian apabila menerima pengiktirafan dalam kategori Best Specialty Cuisine Restaurants pada HAPA® Awards 2026 Series 2 F&B & Culinary Excellence Awards.

Restoran berkenaan cukup dikenali menerusi sajian masakan Oriental yang menggabungkan cita rasa dan pengalaman gastronomi tersendiri.

Pencapaian itu sekali gus memperkukuh kedudukan Le Méridien Putrajaya bukan sahaja sebagai destinasi penginapan bertaraf tinggi, malah pilihan pengunjung yang mengutamakan pengalaman kulinari berkualiti.

Seiring memasuki dekad kedua operasinya, hotel berkenaan berhasrat terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan, penawaran gaya hidup dan pengalaman gastronomi, selain menyumbang kepada usaha memperkukuh Putrajaya sebagai destinasi pilihan pelancongan dan perniagaan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page