October 1, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Janji Tinggal Sepi”, Lagu Baru Chaca Trisha Yang Boleh Buat Hati Rapuh

Spread the love

Suria Records (SRC) memperkenalkan satu lagi bakat muda dalam industri muzik tempatan, Chaca Trisha, yang kini tampil dengan single kedua bertajuk “Janji Tinggal Sepi”. Meskipun baru berusia 17 tahun dan sedang bersiap sedia menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, Chaca membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus aktif berkarya.

Memiliki perwatakan ceria dan “happy go lucky”, kehadiran Chaca memberi warna baharu dalam industri muzik pop Malaysia. Setelah mencuri perhatian dengan debut “Warna Hati”, Chaca sekali lagi mempertaruhkan sentuhan magis Klangit selaku komposer dan penulis lirik untuk “Janji Tinggal Sepi”.

Lagu bergenre pop balada ini menyentuh tentang kepedihan ditinggalkan selepas diberi harapan dan janji palsu — sebuah naratif yang dekat dengan pengalaman ramai, meskipun dilantunkan oleh seorang remaja. Ia menjadi simbol kematangan Chaca yang kian meningkat dewasa, sekali gus membawa dimensi baharu dalam penyampaian emosi dan mesej melalui muzik.

“Jangan jadi seperti saya yang mudah percayakan orang. Hujungnya diri sendiri yang sakit derita. Tak percaya, nanti tengok muzik video Janji Tinggal Sepi,” seloroh Chaca, yang kini semakin yakin di pentas seni suara.

“Janji Tinggal Sepi” kini boleh dimuat turun di iTunes serta distrim melalui platform muzik digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer dan JOOX. Lagu ini turut diputarkan di semua saluran radio tempatan pilihan anda.

Nantikan juga pelancaran rasmi muzik video Janji Tinggal Sepi, yang pastinya menjanjikan visual menyentuh hati seiring dengan emosi lagu.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page