Aiman Sidek Sunting ‘Gadis Idaman’ Buat Arul Rasheed
Pempengaruh tiktok, Arul Rasheed, yang telah melalui pelbagai episod perjalanan hidup kebelakangan ini kembali dilamar komposer Aiman Sidek, untuk projek terbaru yang menjadi single ketiga Arul diberi judul , Gadis Idaman. Menariknya, kali ini Aiman dan Arul mempertaruhkan sebuah lagu yang berentak pop.
Lagu Gadis Idaman merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang popular dengan lagu Cinta Terakhir dan Cinta Sejati yang meraih lebih puluhan juta tontonan di Youtube. Aiman Sidek juga merupakan komposer untuk lagu berjudul Wanita Terbaik nyanyian Furqan Fawwaz, Tulus dari Adi Priyo dan Nabila Razali, serta Melewati Mimpi oleh Amira Othman.
Diterbitkan oleh 4U Entertainment, Gadis Idaman dirakamkan secara duet bersama oleh Aiman Sidek dan Arul Rasheed, atau nama sebenar Fakhrul Akmal, selepas menghasilkan dua buah single influencer TikTok tersebut yang telah mencapai lebih 2 juta tontonan di Youtube bagi lagu Jagakan Dia dan Separuh Jiwaku Mati.
Menurut Aiman, “Gadis Idaman mengisahkan tentang seorang lelaki yang akhirnya menjumpai sosok gadis idaman untuk menjadi suri hati. Menyerahkan cinta dan sayangnya pada gadis itu hingga akhir nyawa”. Saya juga merasakan Arul Rasheed adalah orang yang paling tepat untuk bersama sama menyanyikan lagu ini. Karakternya yang lucu memberikan lebih dinamik dalam terhasilnya Gadis Idaman.”
Sejak dilancarkan pada 10 Oktober yang lalu, jumlah tontonan di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih xxx tontonan. Lagu Gadis Idaman juga telah mendapatkan lebih xxx perkongsian di TikTok dengan jumlah tontonan lebih xxx , selain perkongsian yang aktif di platform-platform media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan lain-lain.
Munurut Arul Rasheed, “Selepas jagakan dia dan separuh jiwaku mati, saya inginkan genre yang berlainan untuk single ketiga saya. Seterusnya abang aiman datang dengan melodi gadis idaman dan bertanya sama ada saya berminat untuk kolaborasi dalam lagu tersebut ke tidak. Bila saya dengar rentak pop yeh yeh, saya terus bersetuju. Saya memang ingin mencuba genre yang berlainan agar orang nampak yang saya mampu untuk menyanyikan pelbagai genre dalam industri muzik tanah air.”
“Diharap single terbaru Gadis Idaman ini dapat mendapat tempat di hati peminat yang sentiasa menyokong karya-karya Aiman Sidek serta Arul Rasheed,” menurut Penerbit Eksekutif 4U Entertainment, Meor Alfaizal dan Raja Azraff.
Untuk mendengar dan menonton lirik video Gadis Idamani :
Gadis Idaman di Platform Digital – https://bfan.link/gadis-idaman