October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Jangan Biar’ Pertaruhan Terbaharu Ramayan

Spread the love

Band indie tempatan yang dinamis, Ramayan, kembali dengan pelancaran single terbaru mereka yang bertajuk Jangan Biar.

Single ini, yang sudah boleh dinikmati di semua platform digital, merupakan single ketiga dari album penuh mereka yang akan datang, Ini Adalah Ujian Transmisi!.

Lunadira

Jangan Biar menjadi lebih istimewa kerana menampilkan artis jemputan Lunadira, seorang artis tempatan yang namanya sedang meningkat naik. Lunadira, yang biasanya menyanyi dalam bahasa Inggeris, mencuba kelainan dengan menyampaikan lagu ini dalam bahasa Melayu, menjadikannya percubaan kedua beliau dalam bahasa ibunda.

Selain itu, album dan lagu ini turut mendapat sentuhan magis daripada penerbit terkenal tempatan, Faliq Mohd atau lebih dikenali sebagai FLQ, yang telah bekerjasama dengan ramai artis ternama seperti Hullera, Gard, The Islandz, Monoloque dan banyak lagi. Kerjasama ini menjanjikan pengalaman muzik yang mendalam dan penuh makna kepada pendengar.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page