September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Gelombang ‘Tsumawi 20th Mawi World Live in KL’ Bakal Melanda Tahun 2025

Spread the love

Konsert yang Akan Berlangsung Di Megastar Arena Itu Turut Menyasarkan 5000 Peminat

Setelah sekian lama mengimpikan untuk mengadakan konsert solo keduanya, akhirnya Asmawi Ani atau lebih mudah disapa Mawi bakal merialisasikan impiannya menerusi “Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live In KL” yang bakal berlangsung pada 25 Januari 2025.

Demi konsert tersebut, Mawi sanggup mengorbankan rambut yang disimpan sejak tujuh tahun lalu.  Sekaligus mengembalikan imej Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) itu yang cukup sinonim dengan imej botak.

Dilakukan sendiri oleh isterinya, isterinya, Ekin Rahmat, ketika sidang media mengumumkan konsert berkenaan yang telah di adakan di TANERA Hotel, Bandar Baru Bangi pada 17 September lalu.

Mawi berkata, dia reda dan tidak menjadi masalah demi konsert solo keduanya itu.

“Kalau tanya perasaan, tengok anak saya Cahaya Malaika sedih, saya juga begitu. Imej botak ini sudah sinonim untuk saya sejak ceburkan diri dalam industri hiburan.

“Disebabkan konsert ini, saya rasa tak mengapa kalau berkorban sikit. Bukan teruk sangat pun dan imej ini memang kena kekal sampai ke hari konsert,” ujarnya.

Tambahnya, dia mengakui pernah mempunyai niat untuk membotakkan semula kepalanya sebelum ini.  Mawi juga turut memberitahu bahawa dia mula menyimpan rambut panjang sekitar tahun 2017 bagi menjayakan wataknya dalam filem Munafik 2 arahan pengarah, Syamsul Yusof.

Pelantun lagu Aduh Saliha itu menyifatkan konsert tersebut sebagai hadiah istimewa buat para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kariernya.

“Ini merupakan hadiah untuk peminat dan sebagai tanda saya masih berada dalam industri nyanyian. Saya gembira akhirnya berjaya merealisasikan konsert solo sendiri setelah sekian lama tidak berada di atas pentas besar”, katanya

Meniti hirarki perjalanan seni anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor. Kali pertama beliau berada di atas pentas apabila fenomena Mawi World benar-benar ‘merasuk’ sebahagian besar rakyat Malaysia ketika itu. Rentetan daripada itulah yang membawa nama Mawi untuk menghasilkan konsert solo pertamanya yang diberi nama Konsert Fantasia Mawi di Stadium Putra Bukit Jalil (kini Axiata Arena) yang dihadiri ribuan peminat setianya.

Menyasarkan 5,000 peminat untuk hadir ke konsert itu nanti, Mawi akan membawa beberapa nama besar ke atas pentas bersamanya, merahsiakan dahulu siapakah line up yang akan menyertai, ke semua nama tersebut merupakan individu penting di sebalik kerjaya seninya.

Jelasnya, semua penyanyi tersebut mempunyai signifikan tersendiri yang membuatkan beliau mengundang kesemua nama-nama besar tersebut untuk berada di atas satu pentas bagai mencipta sejarah baharu.

Mawi juga akan menggunakan khidmat Oja sebagai Pengarah Muzik dan memilih barisan pemain muzik profesional selain pasukan teknikal terbaik untuk memasikan kelancancaran dan kepuasan penonton yang hadir nanti.

Konsert Tsunami Mawi World Live In Kuala Lumpur dibawakan khas oleh ShowTag Entertainment dengan kerjasama beberapa rakan starategik termasuklah Sinar FM dan Zayyan FM


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page