November 25, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kisah Penghijrahan Dan Cinta Suci Dalam ‘Satu Hari Nanti’

Spread the love

iQIYI, aplikasi penstriman popular di rantau Asia, kali ini mempersembahkan drama bersiri terbaharunya berjudul Satu Hari Nanti sebagai sajian istimewa pada bulan September. Drama ini menampilkan gandingan mantap pelakon muda berbakat tanah air seperti Ezaidi Aziz, Eyka Farhana, dan Bella Astillah. Ia diarahkan oleh pengarah terkenal, Pali Yahya, dengan tajaan khas oleh jenama kecantikan Nivea, yang meningkatkan keyakinan dengan wangian kelas dunia, serta telefon bimbit Honor, Go Beyond.

Drama ini mengisahkan seorang pemuda mualaf berbangsa Cina bernama Noah Lee (lakonan Ezaidi Aziz), yang mengalami kekecewaan dalam percintaan dan cuba mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Noah mula menyibukkan diri dengan kerja kebajikan dan bertemu seorang gadis Muslim berjiwa dinamis, Marissa Safiyyah (lakonan Eyka Farhana). Semangat juang Marissa dalam memperjuangkan hak wanita membuatkan Noah jatuh hati padanya. Namun, siapakah Aulia Jane (lakonan Bella Astillah) dalam hidup Noah? Apakah kesudahan kisah mereka? Mampukah cinta berlainan agama bertahan? Saksikan Satu Hari Nanti secara eksklusif di aplikasi iQIYI.

Apabila ditanya mengenai rujukan Ezaidi dalam membawakan watak seorang mualaf berbangsa Cina, beliau berkata, “Cerita ini mengajar kita untuk tidak menghukum seseorang tanpa mengenali peribadinya. Pandangan pertama terhadap seseorang tidak menjadikannya baik atau buruk. Berilah peluang dan buka minda kita.”

Menurut Eyka, drama ini memberikan pengalaman manis sebagai seorang pelakon. “Apabila saya mendapat tahu ‘team’ produksi akan ke Mekah dan Madinah untuk penggambaran, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan penggambaran. Segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan, dan seluruh krew memberikan kerjasama yang baik.”

Bagi Bella yang memegang watak Jane, wataknya ada persamaan dengan kehidupan peribadinya. Katanya, “Mencintai dan dicintai haruslah seiring dalam sesebuah hubungan, barulah ia dapat kekal hingga akhir. Pengalaman di Mekah dan Madinah sangat indah, ia tempat terbaik untuk saya ‘healing’ dari pengalaman lalu. Pengarah, abang Pali, sangat memahami dan banyak membantu dalam memberi bimbingan untuk watak saya sebagai Aulia.”

Pali Yahya, pengarah drama Satu Hari Nanti, berkongsi tentang pemilihan pelakon dan pengalaman mengarahkan gandingan baharu yang belum pernah bekerja dengannya sebelum ini. “Kami bersama penerbit dan iQIYI berbincang memilih pelakon yang sesuai untuk setiap watak. Ia mencabar untuk menghasilkan drama yang diinspirasikan dari sebuah novel, tetapi ‘chemistry’ antara pelakon berjaya menghidupkan drama ini. Banyak pengajaran dapat diambil, seperti pengorbanan, kesabaran, dan kecintaan kepada Sang Pencipta dan sesama manusia.”

Menurut Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, beliau berharap drama ini mendapat sambutan penonton kerana ia merupakan sajian istimewa bulan September dengan jalan cerita menarik, pelakon berbakat, serta pengajaran tentang agama dan hubungan yang boleh dijadikan iktibar. “Rugi jika tidak menonton,” katanya.

Jangan lupa saksikan Satu Hari Nanti mulai 18 September 2024, jam 9:00 malam. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store dan taipkan Satu Hari Nanti, kemudian klik ‘Pesan’ untuk peringatan awal.

iQIYI International, berpangkalan di Singapura, menyediakan perkhidmatan penstriman video atas permintaan, menawarkan pilihan hiburan Asia kepada penonton global. Dengan perkhidmatan sokongan iklan dan langganan VIP, iQIYI International menyajikan drama bersiri premium, filem, rancangan variasi, dan anime dalam bahasa tempatan serta sari kata, dikuasakan oleh teknologi terkini. iQIYI International juga menawarkan teknologi ini kepada perkhidmatan hiburan lain melalui perkongsian SaaS.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page