MLTR Bakal Kembali Ke Malaysia Untuk Menghiburkan Peminat Di Genting November Ini
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock, kembali ke Asia pada November ini atas usaha MMIC Entertainment Group yang membawa trio tersebut ke Filipina, Thailand, dan tidak ketinggalan Malaysia juga.
MMIC Entertainment Group selaku penganjur dan JS Concert Productions sebagai Promoter, Michael Learns To Rock “Take Us To Your Heart” Tour in Malaysia akan menghibur hati peminat mereka di Arena of Stars, Resorts World Genting pada hari Ahad, 10 November, 6 petang.
Malam yang bakal meninggalkan momen indah penonton bersama Jascha Richter sebagai vokalis, Mikkel Lentz (pemain gitar), dan Kåre Wanscher (pemain dram) sudah pasti akan terbuai dengan lagu-lagu malar segar dendangan mereka yang tidak jemu didengar oleh penonton Malaysia seperti lagu “That’s Why (You Go Away)”, “Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.
Michael Learns To Rock yang berasal dari Aarhus, Denmark, itu merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling berjaya mengharum nama negara kelahiran mereka. Telah wujud sejak 1988, Michael Learns To Rock adalah di antara kumpulan yang paling lama berkarya dalam bidang hiburan di seluruh pelosok dunia tanpa mencetus sebarang skandal untuk berada di puncak.
Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah itu telah mengeluarkan sembilan album studio yang berjaya dijual berjuta unit. Mereka telah menjayakan lebih 800 pertunjukan dan terus bertambah, masih melakukan perjalanan merentasi sempadan untuk mempersembahkan lagu cinta abadi mereka, walaupun berusia 50-an dan 60-an.
Bersandarkan status emas dan platinum yang diperoleh di banyak negara, muzik Michael Learns To Rock masih dimainkan secara meluas di udara, melalui platform penstriman dan yang paling penting, pada masa yang sama membawa orang ramai bersatu, merentas masa dan demografi.
Tiket berharga RM968 (Zon MLTR), RM788 (VIP), RM668 (PS1), RM468 (PS2), RM268 (PS3) dan RM188 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 31 Julai, 12 tengah hari, manakala jualan am bermula 8 Ogos, 12 tengah hari melalui mmic.bigtix.io, rwgenting.com dan my.bookmyshow.com.
Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk pembelian tiket Zon MLTR dan VIP seperti berikut:
- Zon MLTR – RM968 (Faedah Peminat: Light Stick Eksklusif, Tag MLTR dan Gelang Tangan, Foto Peribadi (3:1) untuk 10 pemenang bertuah, Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.)
- VIP – RM788 (Faedah Peminat: Light Stick, Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.)
Michael Learns To Rock “Take Us To Your Heart” Tour in Malaysia dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group, dengan JS Concert Productions sebagai Promoter dan SINAR dan LITE sebagai Rakan Media Rasmi.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, ikuti MMIC Entertainment Group di Facebook (https://www.facebook.com/MMICEntertainmentGroup) dan Instagram (www.instagram.com/mmic.entertainmentgroup) serta JS Concert Productions di Facebook (https://www.facebook.com/JSConcertProductions).