October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Dol’s Podcast Bakal Beri Kelainan Buat Industri Seni

Spread the love

Mahu memberikan kelainan kepada industri seni, gandingan Shuib, Shuk Sahar dan Fizie melancarkan Dol’s Podcast yang akan memulakan siaran pada 17 Julai hadapan.

Bukan mahu menandingi ‘dunia Podcast’ yang ada, tetapi ingin memberikan dimensi berbeza selain memeriahkan industri seni tempatan. 

“Saya begitu teruja dan gembira apabila dapat bergabung semula bersama Shuib dan Fizie yang sebelum ini pernah mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM pada 2019”, ujar Shuk ketika ditemui pada sidang media Dol’s Podcast di Tasty Chapati, The Curve, Damansara, pada 9 Julai lalu.

Saya pernah kendalikan podcast OKLETSGO di Singapura pada awal tahun lalu. Itu hanyalah projek jangka pendek saja.

“Selepas berapa tahun tak berjumpa Shuib, kami bertemu dalam podcast yang saya kendalikan di Singapura pada Mac lalu. Perasaan rindu tu datang semula secara tiba-tiba.

“Rindu itulah yang buat kami kembali dan saya rasa ini adalah masa tepat untuk kami kendalikan podcast sebab kami ada keserasian.

“Saya gembira kami dapat kembali bersama sebab Shuib dan Fizie ini sangat baik dengan saya.

“Saya akui, salah satu benda yang saya sayang adalah dunia penyiaran radio. Saya sayang teman saya di konti seperti Shuib yang saya kenal sejak 14 tahun lalu, manakala Fizie pula empat tahun,” tambahnya.

Shuib yang turut senada dengan Shuk turut mengakui bahawa dirinya sebenarnya cukup rindu dengan dunia penyaran khususnya Podcast yang di lihat cukup santai dan bersahaja.

“Sebenarnya saya sudah lama mengimpikan untuk memiliki Podcast sendiri, namun mencari identiti dan keserasian itu lebih penting”, ujarnya

“Tetapi semuanya menjadi mudah apabila saya kemukakan rancangan tersebut kepada Shuk dan Fizie dimana satu masa dahulu saya pernah bersama-sama mereka mengendalikan satu segmen”, tambahnya.

Pelbagai isu menarik dikupas oleh ketiga-tiga mereka bersama tetamu jemputan termasuk seorang bekas gangster yang turut diundang. Dol’s Podcast akan disiarkan menerusi YouTube Shuib Channel selain boleh didengar melalui Spotify.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page