Kompilasi ‘Rock Never Dies’ – Bukti Semangat Rock Yang Tidak Akan Mati
20 buah lagu baharu dari 20 buah band muzik berpaksi genre muzik rockhari ini telah berjaya membuktikan betapa semangat memperjuangkan genre muzik rockitutelah tersemat kukuh di sanubari setiap anggota band terlibat seperti MELISSABAND, ROOTS N BOOTS, LEMON T, THE ALIF FT MARIONEXXES, BAHTERA, MEDITASI, SONS OF ADAM, THE VOLTAGE, SENNA, X-TERNAL, ZUBIRA, KOROKODEL, CROSSOVER, BUMANTRA,THE FLOW, XNERGY, BURNTARA, EXIT, SPIT IT OUT TIME dan MANUSIA.
Fakta menariknya kesemua karya baharu yang dimuat dalam kompilasi album “ROCKNEVER DIES” terbitan FGI Entertainment dan promosi Melissa Record ini telah berada di pasaran sejak awal bulan Jun . lebih menarik album ini dijual sendiri setiap band terbabit dalam album –
Dan hingga kini telah mencapai lebih dari sasaran awal cetakan iaitu hampir800 keping CD (beserta pendrive)! Oleh yang demikian, satu majlis Sidang Media mengumumkan album ROCK NEVER DIES telah berada di genggaman para fanatika muzik rock tempatan berlangsung pada 30 Jun 2024 yang lalu.
Majlis pelancaran tersebut turut mendapat tajaan lokasi & hidangan oleh Restoran Asam Pedas London, Bandar Baru Selayang.
Majlis diserikan dengan kehadiran vokalis band gergasi Wings, Dato Awie sebagai perasmi acara, di samping wakil pemimpin DUN Taman Templer Selayang yang memang sentiasa menyokong perkembangan seni hiburan secara sihat di kalangan ahli masyarakatnya.
Dato Awie dalam ucapan perasmiannya menzahirkan rasa terharu dapat hadir sekaligus menyokong perjuangan muzik ROCK NEVER DIES yang mana turut disertai mereka yang telah lama berada dalam industri seperti Abg Lord dan lain-lain. Malah beliau juga bersyukur kehadirannya di majlis itu seumpama membantu merealisasikan impian sahabat lamanya Ajak Melissa yang tidak pernah putus semangat meneruskan perjuangan muzik Melissa Band, meski kerap dilanda pelbagai isu dan kontroversi.
Sebelum mengakhiri ucapan, Dato Awie sempat menitip nasihat buat pelapis baharu, agar sentiasa fokus kepada matlamat dalam bidang muzik selain “kena rajin prektis”.
Majlis malam itu turut disertai semua anggota 20 band terlibat, termasuk dari negara jiran Singapura. Hampir 200 tetamu hadir termasuk jemputan khas dari kalangan pemain media selain pempengaruh media sosial yang sinonim dalam perjuangan muzik rock tanah air.
Di majlis yang sama itu juga, turut diumumkan KONSERT ‘ROCK NEVERDIES’ bakal diadakan pada 10 Ogos 2024 bertempat di WARISAN HALL STUDIO. Tiket dijual pada harga RM50 setiap satu. Tempahan tiket sudah boleh dibuat menerusi band- band yang bakal beraksi di pentas konsert hari berkenaan