“Kupu-Kupu” Sembunyi Perasaan Tiara Andini
Para Mootiara (gelaran para peminat Tiara Andini) sepertinya sedang dimanjakan oleh penyanyi kesayangan mereka, Tiara Andini. Bukan tanpa alasan, baru sahaja selesai dengan projek muzikalnya bersama Arsy Widianto, Tiara Andini kini kembali mengeluarkan lagu terbaharu yang diberi judul “Kupu-Kupu”.
Single “Kupu-Kupu” ini sangat berbeza dengan lagu sebelumnya yang menyajikan rentak dan muzik ala K-Pop. Kini Tiara Andini memberikan sesuatu yang segar dengan membawa nuansa muzik tarian pop ala 80-an.
Di lagu ini Tiara Andini bekerjasama dengan Laleilmanino yang dikenali sebagai pencipta lagu- lagu hit masa kini di Indonesia. Dan, di single ini Laleilmanino bertindak sebagai penulis dan pencipta serta penerbit lagu. Lagu ini dikeluarkan di bawah bendera label rakaman Universal Music Indonesia, label yang menaungi Tiara Andini selama ini.
“Saat pertama dengar lagu ini saya langsung jatuh cinta, kerana nada-nadanya sangat nyaman didengar, dan lagunya juga sangat rancak, apalagi ini ciptaan Laleilmanino, saya sangat suka bekerjasama dengan mereka,” ujar Tiara.
Untuk pengetahuan semua lagu “Kupu-Kupu” merupakan lagu cinta yang menceritakan tentang dua orang yang sama-sama saling suka, namun saling tidak berani menyampaikan perasaan cinta tersebut.
“Tahu kan? Kalau sedang suka, biasanya jadi sedikit takut untuk mengungkapkan perasaan. Ini terjadi pada kedua-dua orang dalam kisah ini, padahal saling suka. Lebih kurang begitulah cerita lagunya,” ungkap Tiara.
Sementara itu, dari sudut suara, seperti yang sudah disebutkan di atas, lagu ini menyajikan nuansa tarian pop 80-an yang sangat menyeronokkan, ceria, dan menyenangkan. Nada-nada yang ditampilkan juga mudah ditarikan.
Pelancaran “Kupu-Kupu” sangat dinantikan oleh para Mootiara, iaitu para peminat Tiara, kerana sebelum ia dikeluarkan lagi, Tiara sudah memberikan banyak pembayang bertemakan kupu- kupu yang membuat para peminat tertanya-tanya.
Semuanya bermula saat Tiara mengganti Spotify Canvas kesebelas lagu-lagunya dengan tema kupu-kupu, hingga mengirimkan pesan kupu-kupu kepada penggemarnya di Instagram. Hal ini tentunya membuat para Mootiara sangat teruja, mengenangkan Tiara Andini memang suka memberikan petunjuk atau hint tentang karya-karyanya.
Ada Dede Sunandar di video muziknya Hala lain yang menggembirakan ada dalam video muzik lagu ini. Kenapa? Kerana di video muzik ini ada penampilan salah satu pelawak Indonesia, Dede Sunandar. Dan, kehadiran Dede di video tersebut menambah keceriaan pada konsepnya. Oh ya, video muzik ini adalah hasil kerja A VSLZM production, bersama Michael Budihardjo yang bertindak sebagai sutradara.
Konsep video muziknya sendiri dibuat dengan nuansa 80-an, vintage! Penuh warna-warni, latar belakangnya juga diolah ceria, begitu juga dengan tatabusananya. Apalagi, di saat tarian Dede, Tiara, dan keempat-empat penari beraksi ria di lantai dansa.
“Saat perbincangan, saya begitu teruja dengan konsep video muziknya. Apalagi di sana juga ada Kak Dede. Ternyata hasilnya sangat bagus dan sangat memuaskan,” ujar Tiara.
Dengan pelancaran lagu “Kupu-Kupu” ini, Tiara berharap lagu ini menjadi tular, didengarkan banyak orang, dan dapat menjadi sesuatu yang segar untuk dinikmati baik buat para Mootiara serta penikmat muzik serantau.
Menurut saya lagunya sangat enak, dan ceria untuk dinikmati, semoga ramai yang suka, dan harap ia bakal didengari oleh banyak orang,” harap Tiara.
Jadi, tidak ada alasan untuk tidak menjadikan lagu “Kupu-Kupu” sebagai lagu harian kalian, yang boleh didengari sepanjang hari, kerana memang tidak membosankan, dan sangat menyenangkan untuk dinikmati.
Single ini sudah tersedia di semua platform digital. Untuk video muziknya ia boleh ditonton di akaun rasmi YouTube milik Tiara Andini.