October 22, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ulangtahun Pertama Pesta Pinkfish Diraikan Di Dalam Kereta Api Perayaan Pertama Asia Tenggara

Spread the love

Dalam sambutan ulang tahun pertamanya yang bergaya, Pinkfish memperkenalkan kereta api perayaan pertama di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Pinkfish Express, di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dalam sebuah acara baru-baru ini. Untuk acara tersebut, para penganjur telah mengajak para hadirian untuk menaiki dan mengalami keseronokkan menaiki kereta api tersebut.

Acara tersebut juga menandakan satu tahun sejak Pesta Muzik & Seni Pinkfish yang julung kali diadakan pada 30 April 2023, maka pada 16 Mei 2024 yang lepas, peminat pesta tersebut berpeluang menikmati pengalaman parti yang unik ketika perjalanan muzik merentasi latar langit bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan selama dua jam itu, seramai 120 hadirin, berpakaian merah jambu, dihidang dengan persembahan oleh kegemaran Pinkfish dan barisan bakat yang lain, di mana bintang tempatan yang sedang meningkat naik Aidaho, duo dinamik BATE, dan tokoh muzik Nahsyk menghiburkan orang ramai, menawarkan gambaran sekilas tentang keseronokan di Pesta Muzik & Seni Pinkfish 2024 tahun ini, yang ditetapkan pada 8 Jun di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Mengimbas kembali tahun lalu, pengasas Pinkfish Rohit Rampal dan Kesavan Purusotman (KC) berkongsi telah mengatakan bahawa acara tersebut adalah satu perjalanan yang luar biasa, di mana mereka mahu mencipta sesuatu yang istimewa untuk mereka yang telah menyokong mereka dari awal.

“Ia adalah satu perjalanan yang luar biasa, dan kami mahu mencipta sesuatu yang istimewa untuk mereka yang telah menyokong kami sejak awal. Jadi kali ini kami berfikir, mengapa tidak mengambil sentimen yang membolehkan muzik menggerakkan anda ke tahap yang baharu?

“Juga dalam meraikan tahun pertama kami dengan tiga acara yang berjaya, ini adalah ucapan terima kasih kami kepada orang-orang di sebalik kejayaan kami,” kata mereka berdua.

Walaupun begitu, Rohit dan KC bagaimanapun menyuarakan harapan mereka agar semua orang menikmati perjalanan kereta api Pinkfish Express dalam acara itu sama seperti yang mereka lakukan pada Pesta Muzik & Seni Pinkfish 2023 sebelum ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tempat di Pesta Muzik & Seni Pinkfish 2024, tiket GA Fasa 2 dan VIP masih boleh didapati di laman web rasmi, www.pinkfishfestival.com. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Pesta Muzik & Seni Pinkfish 2024, sila hubungi penganjur di talian 012-2655783.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page