November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Westlife Kembali ke Malaysia Bersempena Konsert Westlife The Hits Tour 2024

Spread the love

Tiket untuk melihat tiga ahli Westlife secara langsung mula dijual pada 26 April, 12 tengah hari

Westlife, penyanyi pop berkumpulan yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan di peringkat antarabangsa bakal kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert konsert satu malam di lokasi yang terletak kira-kira 1,800 meter dari aras laut.

“Westlife The Hits Tour 2024” anjuran MMIC Entertainment Group dengan JS Concert Productions sebagai Promoter, akan berlangsung pada 9 Jun, Ahad, 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting itu pasti akan membuat peminat teruja.

Genting Highlands pastinya bakal mengamit nostalgia setelah 24 tahun Westlife beraksi di lokasi yang sama.  Meskipun telah lama, namun para peminat percaya bahawa Westlife bakal mengubat kerinduan mereka.

Persembahan daripada kumpulan yang berasal dari Ireland itu pasti akan mencatat memori indah kepada peminat-peminat Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan, manakala Mark Feehily tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Westlife yang ditubuhkan pada 1998, berjaya melakar nama sebagai kumpulan lelaki era 2000-an yang menjadi perhatian di seluruh dunia dengan lagu-lagu hits dan persembahan yang memukau. Antara lagu dendangan Westlife yang menjadi siulan ramai dan masih diminati hingga kini seperti “Uptown Girl”, “My Love”, “Swear It Again”, “Flying Without Wings”, “World of Our Own”, “Hello My Love” dan banyak lagi.

Untuk rekod, Westlife berjaya menjual lebih 55 juta unit album, memperoleh 36 album No. 1, mengumpul lebih daripada 3 bilion aliran global, melepasi 1 bilion tontonan YouTube dan menjual lebih 5.5 juta tiket konsert di seluruh dunia. Mereka telah menerima pelbagai anugerah termasuk satu World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards dan empat Record of the Year Awards.

Tiket ke Westlife The Hits Tour 2024 berharga RM1,188 (VIP), RM988 (PS1), RM788 (PS2), RM588 (PS3) dan RM388 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Tiket boleh dibeli atas talian menerusi MMIC Entertainment Group di mmic.bigtix.io, Resorts World Genting di rwgenting.com dan BookMyShow di my.bookmyshow.com

Tiket mula dijual pada 26 April, Jumaat, dari jam 12 tengah hari dan seterusnya.

Westlife The Hits Tour 2024 dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group bersama JS Concert Productions sebagai Promoter, sementara radio SINAR, MIX dan LITE sebagai Rakan Media Rasmi.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti MMIC Entertainment Group di Facebook (https://www.facebook.com/MMICEntertainmentGroup) dan Instagram (www.instagram.com/mmic.entertainmentgroup) dan JS Concert Productions di Facebook (https://www.facebook.com/JSConcertProductions)


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page