September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Amad Fadlin Tampil Dengan Single ‘Mimpi Atau Rialiti’

Spread the love

‘Mimpi atau Realiti’??? Sebagai pembuka tirai tahun 2024, Amad Fadlin kini tampil dengan single terbaharunya. Seorang anak muda yang sudah mempunyai tiga single sebelum ini tidak pernah berputus asa untuk menempa nama didalam industri muzik tanah air.

Lagu yang bergenre ‘pop’ dan mempunyai elemen muzik traditional dan hisdustan ini menjadi pilihan selepas beberapa genre ini sudah dipertaruhkan. Bagi Amad yang sentiasa mahu mencuba pelbagai genre mencabar dirinya untuk membawa lagu yang lebih ‘catchy’.

Lagu yang dikompos oleh seorang produser hebat tanah air iaitu Mas Dewangga ini berkisahkan mengenai seorang yang lelaki yang menyukai seorang wanita dan sentiasa berasa rendah diri dan ‘mimpi’ untuk mendapatkan wanita tersebut.

Menurut Amad Fadlin sendiri, lagu ‘Mimpi atau Realiti’ sebuah karya yang indah. Amad Fadlin mengharapkan lagu nyanyiannya kali ini dapat diterima umum khususnya anak muda zaman kini.

‘Mimpi atau Rialiti’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, dan Spotify. Dengarkan juga lagu Mimpi Atau Rialiti nyanyian Amad Fadlin di semua saluran radio tempatan pilihan anda.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page