October 23, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Belle Sisoski ‘Bawa’ Bunyi Malaysia Ke Pentas Serantau

Spread the love

Penyanyi etnik-elektronik sertai enam seniman Asia hasilkan lagu ‘New Day Rising’ daripada bunyi gear, lampu isyarat dan pintu kereta

Penyanyi, penerbit dan pemuzik berbilang alat Malaysia, Belle Sisoski, kini mewakili negara dalam projek muzik serantau yang menggabungkan alat muzik tradisional dengan bunyi kenderaan harian.

Belle dipilih menyertai Move Your World Beat, program muzik anjuran Toyota Motor Asia yang menghimpunkan tujuh seniman dari enam negara untuk menghasilkan karya asli yang mengadun warisan budaya dengan inovasi moden.

Hasil kolaborasi itu ialah lagu ‘New Day Rising’, yang akan ditayangkan perdana secara eksklusif di YouTube malam ini, 23 Oktober 2026, jam 8 malam (waktu Singapura). Lagu itu sebahagian daripada album sulung kolektif tersebut, Move Your World Beat Volume 1.

Bunyi klik lampu isyarat, anjakan gear dan pintu kereta ditutup selalunya dianggap bunyi biasa, tetapi di tangan tujuh seniman Asia, semuanya bertukar menjadi irama dan melodi.

Antara yang dipilih ialah penyanyi, penerbit dan pemuzik berbilang alat dari Malaysia, Belle Sisoski, yang terkenal dengan persembahan solo menggabungkan alat muzik etnik Asia Tenggara dengan muzik sinematik dan elektronik.

Selain lagu, peminat turut berpeluang menonton filem di sebalik tabir yang memaparkan proses kreatif, eksperimen dan penemuan bersama sepanjang kolaborasi itu.

Menurut kenyataan penganjur, para artis merakam bunyi seperti klik lampu isyarat, anjakan gear, deruan tingkap kuasa dan hentaman pintu kereta, sebelum mengolahnya menjadi rentak dan melodi.

Bunyi itu digabungkan dengan alat muzik tradisional dari negara masing-masing, antaranya Alghoza, seruling berkembar dari Pakistan, dan Đàn tơ rưng, xilofon buluh dari Vietnam.

Lagu yang menggabungkan enam gaya muzik itu bergerak antara vokal utama yang bertenaga dan detik-detik lebih intim, dengan harmoni berlapis, susunan sinematik, tekstur shoegaze dan penerbitan eksperimental.

Kolektif ini menghimpunkan Natasha Noorani (Pakistan), yang menggabungkan tradisi muzik Asia Selatan dengan pop elektronik, 2pillz (Vietnam), penerbit muzik dan DJ yang bebas merentasi genre, Miguel dan Paolo Benjamin dari Ben&Ben (Filipina), kembar yang membesarkan duo akustik mereka menjadi kumpulan sembilan anggota, Shye (Singapura), yang menulis, menerbit dan mengadun muzik sendiri dan Valentina Ploy (Thailand), penyanyi-penulis lagu berdarah Thai-Itali

Gaya muzik mereka pelbagai, daripada folk-pop dan R&B kepada elektronik, dream-pop dan produksi eksperimental.

Pengurus Besar Toyota Motor Asia, Jaja Ishibashi, berkata program itu bertujuan menyokong pertumbuhan pemuzik Asia sambil mengangkat komuniti di belakang mereka.

“Dengan menghimpunkan artis dari budaya berbeza, kami berharap dapat menolak sempadan masa depan muzik Asia, sambil memberi inspirasi kepada rakyat Asia untuk bersatu dan menemui apa lagi yang boleh dicapai bersama,” katanya.

Satu bait lirik dalam lagu itu turut menggambarkan semangat kolaborasi tersebut: “We come together to create change.”

Move Your World Beat ialah llanjutan platform Move Your World Toyota Motor Asia, yang berpegang bahawa pergerakan bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat lain, tetapi tentang menyatukan insan pelbagai latar untuk mencapai lebih banyak bersama.

Peminat boleh menonton tayangan perdana ‘New Day Rising’ di YouTube malam ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page