October 14, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Sembilan Bintang Gegar Pentas UTM

Spread the love

Amir Ahnaf, Ara Johari, Syamel Antara Sembilan Artis Beraksi Di Simfoni Seni Bintang Universe UTM, Tiket Bermula RM60

Sembilan bintang industri hiburan tanah air bakal bergabung dalam satu pentas menerusi Simfoni Seni Bintang Universe UTM yang berlangsung di Grand Banquet Hall, UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, 17 Oktober ini.

Acara yang bermula jam 8.45 malam hingga 11.30 malam itu menampilkan Amir Ahnaf, Ara Johari, Ismail Izzani, Iskandar Ismail, Mohsein Kush, Nuha Bahrin, Syasya Rizal, Syamel dan Syed Iqbal.

Dianjurkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Universal Music Malaysia serta rakan label termasuk L.Y. Music Factory dan Faithful Music, acara itu mengetengahkan gabungan muzik, seni dan bakat tempatan dalam sebuah persembahan eksklusif.

Wakil penganjur berkata, acara berkenaan dirancang sebagai platform untuk menghimpunkan peminat, pelajar, komuniti UTM dan orang awam dalam meraikan seni serta menikmati pengalaman hiburan yang bermakna.

“Kami mahu penonton bukan sahaja datang untuk menyaksikan persembahan, tetapi pulang dengan pengalaman yang benar-benar bermakna,” katanya.

Tiket ditawarkan pada harga RM60 bagi Tier 2, manakala Tier 1 berharga RM100 termasuk akses eksklusif ke sesi Meet & Greet bersama artis selepas persembahan.

Menariknya, acara itu turut dibuka kepada orang awam dan bukan terhad kepada pelajar UTM sahaja.

Bagi pelajar UTM Johor Bahru, penganjur menyediakan perkhidmatan bas percuma ke UTM Kuala Lumpur, namun kemudahan itu terhad kepada lima bas berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi https://bintanguniverse.ubertickets.asia/ atau mengimbas kod QR pada poster rasmi. Tempat adalah terhad, terutama bagi mereka yang mahu merebut peluang bertemu artis menerusi sesi Meet & Greet.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page