October 14, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Sofea, Melissa Satukan Kuasa Rock

Spread the love

Kolaborasi sulung gegarkan Butterworth, tiket Monster of Rock cuma RM50

Dua nama dalam persada muzik rock tanah air, Sofea dan Melissa, bakal mencipta detik istimewa apabila bergabung buat kali pertama menerusi Konsert Monster of Rock di Brainskill Studio, Butterworth, Pulau Pinang, 7 November ini.

Bukan sekadar persembahan biasa, konsert itu membuka peluang kepada peminat menyaksikan kedua-dua kumpulan berkongsi pentas dalam satu acara yang meraikan semangat muzik rock.

Dianjurkan Sofea dan Melissa dengan kerjasama Brainskill Studio, persembahan yang dijadualkan bermula jam 9.30 malam itu diharap mampu menghimpunkan peminat rock, khususnya di Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya.

Penganjur, Fancy daripada Sofea berkata, kolaborasi berkenaan menjadi pengalaman pertama buat kedua-dua kumpulan dan berharap segala perancangan berjalan lancar.

“Ini kali pertama kumpulan Sofea berkolaborasi bersama kumpulan Melissa, dan berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.

Menurutnya, meskipun konsert itu dianjurkan secara sederhana dan tidak membabitkan skala besar, pihaknya tetap komited memberikan persembahan terbaik demi kepuasan peminat.

“Kami akan lakukan yang terbaik. Yang penting, semua rockers datang support,” katanya.

Tiket Konsert Monster of Rock dijual pada harga RM50 seorang.

Peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket dan persembahan boleh menghubungi Mentari Merah (MM) menerusi talian 019-240 7994 atau Jay Sofea di 013-311 8284.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page