July 7, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

Khalid Pilih Kuala Lumpur Teruskan Siri Jelajah “It’s Always Summer Somewhere Tour”

Spread the love

Selepas Menakluk 23 Bandar Di Amerika Syarikat, Penyanyi Sensasi Itu Bakal Menghidangkan Persembahan Sarat Emosi Menerusi It’s Always Summer Somewhere Tour Pada 9 Disember Ini

Selepas menawan 23 bandar menerusi siri jelajah yang mencatatkan sambutan luar biasa di Amerika Syarikat, bintang R&B antarabangsa, Khalid, akhirnya mengumumkan kepulangannya ke Malaysia menerusi It’s Always Summer Somewhere Tour, yang akan berlangsung di Idea Live Arena pada 9 Disember depan.

Konsert yang dibawakan oleh Live Nation Malaysia itu dijangka menjadi antara persembahan antarabangsa paling dinanti penghujung tahun apabila penyanyi berusia 28 tahun itu bakal menghidangkan pengalaman muzik yang menggabungkan elemen R&B, pop dan soul yang menjadi identitinya sejak sedekad lalu.

Setiap kali melangkah ke pentas, penyanyi yang mencipta fenomena menerusi lagu Location itu bukan sekadar menyanyikan deretan lagu popular, sebaliknya mengajak ribuan peminat menyelami kisah tentang cinta, kehilangan, harapan dan proses menjadi dewasa yang menjadi nadi kepada setiap karya dihasilkannya.

Pengumuman itu pastinya menghangatkan peminat yang sudah lama menantikan kepulangan Khalid ke Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila keseluruhan 23 lokasi jelajah di Amerika menerima sambutan luar biasa, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara penghibur paling berpengaruh dalam muzik pop dan R&B moden.

Malam itu nanti dijangka menjadi sebuah perjalanan merentasi hampir sedekad perjalanan seni Khalid. Penonton bakal dibuai dengan himpunan lagu yang membentuk kariernya seperti Location, Young Dumb & Broke, Better, Talk, Love Lies dan Eastside yang sehingga kini terus menjadi siulan peminat di seluruh dunia.

Tidak terhenti di situ, Khalid turut dijangka mempersembahkan karya daripada album terbaharunya, After The Sun Goes Down, yang menjadi nadi kepada jelajah kali ini. Album berkenaan memperlihatkan sisi baharu penyanyi itu menerusi gabungan R&B kontemporari, electro-pop dan elemen synth era 80-an yang lebih matang, segar serta berani bereksperimen.

Sejak mencetuskan fenomena menerusi Location ketika usianya masih belasan tahun, Khalid berkembang menjadi antara nama paling besar dalam industri muzik antarabangsa. Lebih 35.6 bilion penstriman di seluruh dunia, tujuh pencalonan Anugerah Grammy, enam Billboard Music Awards, empat American Music Awards serta pelbagai pengiktirafan lain menjadi bukti pengaruh luar biasanya.

Malah, perjalanan seninya turut diperkukuhkan menerusi kolaborasi bersama deretan bintang ternama seperti Billie Eilish, Halsey, Normani, Marshmello, Benny Blanco, Alicia Keys dan Ed Sheeran, sekali gus menjadikan setiap kemunculannya sentiasa dinantikan peminat pelbagai genre muzik.

Momentum itu terus memuncak apabila penghujung tahun lalu beliau menerima Disruptor Award daripada Billboard sebagai penghargaan terhadap sumbangannya mengubah landskap muzik moden, sebelum kembali mencuri perhatian tahun ini menerusi kolaborasi bersama Kygo dan Griffyn menerusi lagu Save My Love.

Kehadiran Khalid ke Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya peluang menyaksikan sendiri seorang penyanyi yang membesar bersama generasi penstriman digital dan berjaya mengubah luahan emosi menjadi karya yang merentasi sempadan bahasa serta budaya.

Bagi peminat yang mahu menjadi antara yang terawal mendapatkan tiket, pendaftaran Artist Presale kini dibuka menerusi laman rasmi Khalid dengan jualan berlangsung pada 13 Julai bermula jam 11 pagi hingga 11.59 malam.

Pemegang kad Mastercard pula menikmati akses eksklusif presale pada 14 Julai sehingga 15 Julai, manakala ahli Live Nation Malaysia boleh menyertai Live Nation Presale pada 15 Julai bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam.

Jualan tiket kepada umum akan dibuka pada 16 Julai, bermula jam 11 pagi menerusi platform GoLive Asia dan Fantopia.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page