Amelia Henderson ‘On Point’! Wajah Baharu Pentavite Bukti Sihat Itu Trend Masa Kini
Ikon Gaya Hidup Aktif Dipilih Sebagai Duta Pertama Bawa Mesej “Wellness” Yang Lebih Mudah, Santai & Konsisten
Aura sihat kini bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya sudah menjadi ‘statement’ gaya hidup! Jenama nutrisi tersohor dari Australia, Pentavite, menggegarkan pasaran tempatan apabila mengumumkan pelantikan Amelia Henderson sebagai duta jenama pertama mereka di Malaysia!
Dengan lebih 85 tahun pengalaman dalam dunia kesihatan global, Pentavite kini tampil dengan pendekatan lebih segar dan relevan menggabungkan kepakaran nutrisi dengan sentuhan gaya hidup moden yang dekat dengan generasi hari ini.
Hakikatnya, gaya hidup sihat hari ini bukan lagi sesuatu yang eksklusif atau rumit. Ia kini jadi keperluan harian daripada pemakanan, rutin kecantikan, hinggalah kepada penjagaan dalaman tubuh.
Pentavite memahami keperluan ini dengan menawarkan pelbagai rangkaian produk termasuk vitamin harian, multivitamin lelaki dan wanita, serta solusi kecantikan seperti BioBloom Gummies semuanya direka khas untuk mereka yang mahu kekal bertenaga walaupun jadual padat.
Bukan calang-calang figura, Amelia Henderson dilihat sebagai simbol wanita moden aktif, versatil dan sentiasa ‘on the go’, namun tetap menitikberatkan keseimbangan diri.

Menurut Amelia, rahsia sebenar kesejahteraan bukanlah sesuatu yang kompleks.
“Saya percaya kesejahteraan bermula dengan perkara kecil yang kita lakukan setiap hari. Konsisten itu kunci walaupun sibuk, kita tetap perlu jaga diri,” katanya penuh yakin.
Tidak hairanlah kerjasama ini dianggap ‘perfect match’ apabila gaya hidup sebenar bertemu jenama yang memahami keperluan tersebut.
Pelantikan ini juga menandakan misi besar Pentavite untuk menawan hati pengguna tempatan. Dengan gabungan inovasi dari Australia dan pendekatan yang lebih mesra gaya hidup rakyat Malaysia, jenama ini dilihat mampu menjadi peneraju dalam kategori vitamin dan suplemen.
Lebih menarik, fokus mereka jelas menjadikan kesihatan sesuatu yang mudah, menyeronokkan dan praktikal untuk diamalkan setiap hari.
Nak rasa sendiri perubahan dari dalam? Mudah saja layari laman rasmi Pentavite Malaysia atau ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk info terkini serta rangkaian produk yang ditawarkan.
Satu mesej jelas dimana dengan gabungan aura Amelia Henderson dan kepakaran Pentavite, gaya hidup sihat kini bukan lagi beban tetapi satu gaya hidup moden yang wajib ada.
