April 8, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Hujan ‘Turun’ Lagi! 20 Tahun Empayar Indie Dirai Dalam Pesta Gila Di Bukit Jalil

Spread the love

10 April, 3 Petang: Masa Untuk ‘Secure’ Tempat — Raingers, Siapa Cepat Dia Dapat

Bersedia untuk satu malam yang bakal menggegarkan jiwa dan memecahkan langit emosi! Kugiran legenda Hujan kembali dengan ledakan ‘amarah’ yang tidak pernah padam.  Segalanya bakal terungkap bagi meraikan dua dekad perjuangan dalam konsert raksasa HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN!

Dari hanya ‘rintik’ kecil yang jatuh pada 2005, Hujan kini menjelma menjadi badai besar yang bukan sahaja membasahi industri muzik Malaysia, malah tempiasnya ‘membadai’ hingga ke seluruh Nusantara!

Dipacu tenaga luar biasa Noh Salleh bersama gitar magis AG Coco, Hujan mencipta revolusi ketika muzik pop menguasai pasaran. Mereka datang dengan satu misi iaitu melawan arus, memecah norma dan mencipta identiti sendiri!

Lagu-lagu seperti Pagi Yang Gelap, Aku Skandal, Ahmoi Chantek, Bila Aku Sudah Tiada dan Pijak Hatiku terus menjadi siulan, malah melayakkan mereka meraih pengiktirafan besar termasuk kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-16 bagi kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik.

Kini, selepas dua dekad dan sembilan album, Hujan bukan sekadar band tetapi mereka adalah ‘benchmark’ yang mengubah cara muzik alternatif diterima di Malaysia.

Sebagai penghormatan kepada legasi luar biasa ini, ICON Entertainment tampil menganjurkan sebuah konsert mega berskala besar iaitu HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN.

Bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026, konsert ini dijangka menjadi himpunan terbesar Raingers dari seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Menurut pengasas ICON Entertainment, Iman Tang, penganjuran ini adalah simbol penghargaan terhadap keberanian dan kreativiti Hujan yang pernah dianggap ‘asing’ dalam arus muzik komersial.

“Dalam setiap era, akan lahir legenda. Hujan adalah salah satunya dimana mereka berani, jujur dan tidak pernah mati semangatnya,” katanya.

Bagi Hujan pula, sambutan 20 tahun ini bukan sekadar meraikan diri mereka tetapi seluruh ‘scene’ indie yang pernah berjuang menembusi tembok industri.

AG Coco menegaskan, konsert ini adalah untuk semua yang pernah percaya bahawa muzik tidak mengenal kasta.

“Ini bukan tentang Hujan. Ini tentang perjalanan scene indie .. tentang bagaimana kita semua pernah dianggap kecil, tetapi akhirnya membuktikan muzik itu bebas,” katanya.

Malam itu nanti bakal menyaksikan lebih 40 lagu dari katalog mereka dipersembahkan bagai sebuah perjalanan emosi yang merangkul nostalgia, pemberontakan dan evolusi muzik Hujan.

Lebih istimewa, acara ini juga didedikasikan kepada peminat setia mereka, Raingers, yang menjadi tulang belakang sejak hari pertama.

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM158 (SANG ENEMY), RM188 (123 GO), RM208 (MENCARI KONKLUSI), RM228 (LONELY SOLDIER BOY), RM248 (ABCDEFGHUJAN dan RM268 (CHECKCHECK ROCKROCK).

Jualan tiket: 10 April 2026, jam 3 petang/  Peminat boleh mendapatkan tiket secara online menerusi https://www.ticket2u.com.my/Hujan

Dengan tema #supportlocal, peminat digalakkan hadir dengan busana band atau jenama tempatan ianya bagai simbol solidariti kepada scene yang pernah dipandang sepi.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page