April 2, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

MANGU ‘BIUS’ EMOSI KL — Ari Lesmana Janji Malam Penuh Magis & ‘Healing’ Di Zepp!

Spread the love

Bersedia untuk hanyut dalam lautan emosi! Vokalis penuh karisma dari Indonesia, Ari Lesmana bakal menggegarkan ibu kota menerusi konsert solo eksklusif “MANGU” yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2026.

Dibawakan oleh Rockstage Entertainment, konsert ini bukan sekadar hiburan biasa, sebaliknya sebuah pengalaman muzik yang mengajak penonton menyelami rasa paling dalam dari rindu, kehilangan hingga ketenangan yang sukar diungkap.

“Mangu” membawa maksud keadaan terdiam dan tenggelam dalam perasaan yang mendalam. Konsep ini menjadi nadi utama persembahan Ari, yang terkenal dengan gaya penceritaan muzik penuh jiwa dan kejujuran.

Penonton bukan sekadar mendengar, tetapi bakal ‘ditarik’ masuk ke dalam dunia emosi yang dibina melalui susunan muzik, visual dan pencahayaan yang memukau.

Apa yang menjadikan konsert ini lebih istimewa adalah kolaborasi bersama DJ Firza yang bakal memberi nafas baharu kepada lagu-lagu Ari.

Gabungan elemen akustik yang sinonim dengan Ari bersama sentuhan elektronik moden dijangka mencipta atmosfera bunyi yang lebih segar dan imersif.

Malam itu turut diserikan dengan penampilan artis jemputan, ENAU, yang terkenal dengan lirik jujur dan dekat dengan realiti kehidupan.

Dengan kapasiti yang lebih intim dan sistem akustik bertaraf tinggi, Zepp KL bakal menjadi ruang paling sempurna untuk penonton merasai setiap getaran emosi yang disampaikan.

Konsert ini dilihat sebagai satu bentuk ‘healing session’ secara kolektif di mana muzik menjadi bahasa utama yang menyatukan jiwa.

Tiket untuk konsert “MANGU” menerusi jualan Pre-Sale: CAT 1 (Free Standing): RM185, CAT 2 (Premium Seats): RM270, CAT 3 (Normal Seats): RM240  dan RSE Box: RM450 / pax (akses eksklusif & merchandise).

Sementara harga untuk Jualan Di Pintu (Door Sale) adalah CAT 1: RM215, CAT 2: RM300 dan CAT 3: RM270.  Tiket tidak termasuk caj pemprosesan.

Peminat boleh mendapatkan tiket secara dalam talian melalui pautan rasmi https://www.myticketempire.com


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page