January 26, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Malam Simfoni Luka ‘Hijrah Saat Akhir’ — ZEPP Jadi Medan Tangisan Peminat

Spread the love

Konsert yang dinanti-nantikan, “Malam Simfoni Luka”, membariskan tiga nama besar dari dunia alternatif dan pop moden iaitu For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic, kini rasmi dipindahkan ke ZEPP Kuala Lumpur dan akan berlangsung pada 24 Januari 2026, jam 8 malam.

Penganjur memaklumkan, perubahan lokasi itu dibuat atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, selain mengambil kira keperluan produksi dan kualiti persembahan keseluruhan. ZEPP Kuala Lumpur dipilih kerana kesesuaiannya dari segi teknikal serta suasana yang lebih intimate dan dekat dengan peminat, sekali gus menjanjikan pengalaman konsert yang lebih mendalam dan peribadi.

Para pemegang tiket tidak perlu bimbang kerana tiket sedia ada kekal sah dan boleh digunakan seperti biasa untuk kemasukan ke lokasi baharu.

Menggabungkan elemen duka, cinta dan harapan, “Malam Simfoni Luka” menjanjikan sebuah perjalanan emosi yang diterjemahkan melalui muzik dan lirik yang dekat dengan jiwa generasi muda masa kini.

For Revenge, yang terkenal sebagai band post-hardcore dengan persembahan bertenaga dan lirik penuh makna, akan digandingkan bersama pesona pop moden Insomniacks serta nuansa alternatif beremosi daripada Midnight Fusic. Gabungan ini dijangka menghasilkan sebuah malam yang menggetarkan emosi dan meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton.

Selain persembahan utama daripada ketiga-tiga kumpulan ini, konsert berkenaan turut menjanjikan pencahayaan sinematik, susunan muzik live yang diolah secara eksklusif, serta visual khas yang direka untuk membawa penonton menyelami setiap emosi yang terkandung dalam karya-karya mereka.

Tiket telah mula dijual sejak 14 November 2025 menerusi laman rasmi www.ticket2u.com.my.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page