Berbuka Dalam Taman, Royale Chulan KL Hidang 150 Sajian Warna Rasa Ramadan
Ramadan sentiasa hadir dengan seribu satu makna dimana ianya bulan menguji kesabaran, mengeratkan silaturahim dan meraikan kebersamaan. Tahun ini, pengalaman berbuka puasa itu diperkaya dengan suasana luar biasa apabila Royale Chulan Kuala Lumpur memperkenalkan Bufet Ramadan “Warna Rasa” 2026, yang menyatukan hidangan tradisi, elemen budaya serta keindahan alam dalam satu destinasi eksklusif di tengah kota.
Berbeza daripada kebanyakan bufet hotel yang berlangsung di ruang tertutup, Royale Chulan KL tampil dengan kelainan tersendiri apabila membawa tetamu menikmati juadah berbuka di Courtyard Garden, Taman Mahsuri sebuah taman tertutup yang menghijau, tenang dan nyaman. Dengan kapasiti sehingga 700 tetamu pada satu-satu masa, ruang ini bukan sahaja luas, malah cukup sesuai untuk berbuka secara santai bersama keluarga besar, rakan taulan atau majlis iftar korporat.
Konsep taman yang diketengahkan memberikan pengalaman berbuka yang lebih segar dan mendamaikan, jauh daripada kesibukan kota raya. Dihiasi cahaya lampu lembut dan landskap hijau, suasana ini menjadikan detik menunggu waktu maghrib terasa lebih istimewa.

Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Hotel & Resorts Malaysia, Noorazzudin Omar, pihak hotel menekankan aspek keselesaan dan kemudahan sebagai sebahagian daripada pengalaman menyeluruh buat para tetamu.
“Pengalaman menyeluruh buat tetamu adalah keutamaan kami. Selain keenakan makanan, Royale Chulan Kuala Lumpur menyediakan ruang berbuka berkonsep taman yang luas, mampu menampung sehingga 700 tetamu serentak. Kami juga mempunyai lebih 400 ruang parkir serta surau yang selesa untuk solat fardu dan Tarawih, supaya tetamu boleh berbuka dan beribadat tanpa perlu tergesa-gesa,” katanya ketika di temui media di Kuala Lumpur pada 14 Januari lalu.
Tambah beliau, konsep taman tertutup yang diketengahkan ini menjadi antara keunikan utama bufet Ramadan di Royale Chulan KL dan sukar ditemui di hotel lain di ibu negara.
Mengangkat tema “1001 ramuan”, Bufet Warna Rasa menampilkan lebih 150 jenis hidangan yang memanfaatkan kekayaan herba, rempah ratus serta cita rasa warisan tempatan. Setiap menu diolah dengan teliti oleh pasukan kulinari Royale Chulan Kuala Lumpur bagi memastikan rasa autentik, seimbang dan dekat di hati pengunjung.
Antara hidangan signature yang menjadi tumpuan pada tahun ini ialah paha lembu golek dan kambing golek yang dimasak sempurna, lembut dan berjus, selain nasi beriani Pakistan yang kaya aroma serta Sup Periuk Besar yang membangkitkan nostalgia masakan kampung.

Menurut Chef Hasmady Hassan, Executive Chef yang telah berkhidmat hampir 12 tahun di hotel ini, bufet Ramadan tahun ini tampil lebih besar dan menyeluruh dengan penyediaan lebih 300 jenis menu merangkumi pelbagai kategori.
“Untuk Ramadan kali ini, kami menyediakan lebih kurang 300 menu termasuk pembuka selera, hidangan utama, pencuci mulut serta pelbagai pilihan masakan tradisional dan kontemporari,” jelasnya.


Antara menu yang menjadi tumpuan utama ialah Daging Bakar Berempah, yang menggunakan perapan khas daripada pelbagai rempah pilihan sebelum dihidangkan bersama air asam istimewa. Selain itu, Sup Tulang Kawah Besar turut menjadi tarikan apabila pelanggan bebas mengambil kuantiti mengikut selera.
Tidak ketinggalan, hidangan berkonsepkan nostalgia seperti colek-colek dan moreh tradisional turut disediakan, diinspirasikan daripada budaya masyarakat kampung dan diberi sentuhan persembahan yang lebih menarik.




Tidak terhad kepada masakan Melayu semata-mata, bufet ini turut menyajikan pilihan masakan Cina, India dan Barat, menjadikannya sesuai untuk pelbagai selera dan latar belakang. Daripada hidangan pembuka selera, sajian utama hinggalah ke pencuci mulut, setiap stesen makanan menjanjikan rasa yang memuaskan dan menggamit kenangan.
Apa yang menjadikan Bufet Warna Rasa lebih istimewa ialah fokus terhadap resipi tradisional dan menu nostalgia yang jarang ditemui, namun masih dekat di hati. Sajian masakan kampung dari pelbagai negeri di Malaysia dihidangkan dengan sentuhan moden tanpa menghilangkan identiti asal, menjadikan setiap suapan satu perjalanan rasa merentas masa.
Pencuci mulut tradisional dan moden turut melengkapkan pengalaman berbuka, memberikan penutup manis yang sempurna selepas seharian berpuasa.




Suasana berbuka di Royale Chulan Kuala Lumpur bukan sekadar menjamu selera. Sepanjang malam, para tetamu dihiburkan dengan persembahan Aurora Buskers yang mendendangkan lagu-lagu santai, selain tarian tradisional Joget Melayu oleh Antava Projects yang menyuntik elemen seni dan budaya tempatan.
Gabungan hidangan lazat dan persembahan kebudayaan ini menjadikan Bufet Warna Rasa bukan sekadar bufet Ramadan biasa, tetapi satu pengalaman yang diraikan bersama.

Bufet Ramadan Warna Rasa 2026 akan berlangsung setiap hari dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam, menjadikannya pilihan ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan mahupun rakan sekerja.
📞 Tempahan & Pertanyaan:
WhatsApp: +6019 325 4718
E-mel: fnbpromo.rckl@royalechulan.com
