“Creative Chaos Vol. VII” Gegar Singapura Oktober Ini

Ascended Dead, Subconscious Terror & Insinner Sedia Menghentam
Creative Chaos Vol. VII bakal menggoncang Spectrum by Phil’s Studio @ GR.iD pada Selasa, 14 Oktober 2025, jam 7.30 malam. Dihimpunkan oleh Cynical Sounds dan Bloodbath Records, edisi kali ini menampilkan tiga kuasa death metal dari AS, Jepun dan Malaysia dalam sebuah malam yang padat, gelap dan tanpa belas.

Untuk info, Ascended Dead telah ditubuhkan di San Diego, mereka adalah antara wajah paling kejam dalam arus US death metal moden: tempo menggila bersama riff berpintal. Diskografi mereka membuktikan pendakian pantas dari bawah tanah: Demo I (2012), diikuti EP Arcane Malevolence (2014) dan kompilasi rakaman awal “The Advent” (2015). Nama mereka meledak dengan album penuh sulung “Abhorrent Manifestation” (2017) sebelum meledak lebih dalam melalui karya kedua “Evenfall of the Apocalypse” (12 Mei 2023) — sebuah rekod yang mengukuhkan reputasi mereka di pentas global.
Untuk peminat baru: mulakan dengan trek “Ungodly Death” dan “Nexus of the Black Flame” dari Evenfall…, kemudian kembali ke “Ensnared for Eternity” era awal untuk menikmati akar old-school yang masih berdetak.

Manakala Subconscious Terror pula merupakan veteran Osaka ini ditubuhkan pada 1994 dan terkenal dengan campuran death metal Jepun berteknikal yang agresif. Selepas fasa awal 90-an, mereka kembali aktif dan mengeluarkan album kedua “Reprogramming” (2020), disusuli album ketiga “Chaotic Diffusion” (30 Jun 2023, Brutal Mind), rilisan paling laju dan tajam dalam katalog mereka. Terkini, mereka turut meneruskan momentum dengan EP “Devoid of Seraphim” (2025).

Insinner pula adalah satu-satunya wakil Johor Bahru ini membawakan death metal ortodoks yang berat dan padat, aktif sejak 2013. Rilisan perkenalan mereka ialah demo 4 trek “The World That Decayed” — cukup untuk mempamerkan riff berlapis dan vokal kasar yang menjadi teras bunyi Insinner, serta mengukuhkan reputasi mereka di pentas serantau.
Struktur tiket: Early Bird SGD50 (30 keping), Advance SGD60 (hingga 5 Okt 2025), dan Standard SGD70 — boleh didapati melalui Hellthrone.store.