June 7, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Doh Kyung Soo Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Solo Pertama, <DO it!>

Spread the love

Selepas kejayaan luar biasa konsert peminatnya <BLOOM> pada Ogos tahun lalu, penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Doh Kyung Soo atau lebih dikenali sebagai D.O. dari kumpulan sensasi K-pop EXO, bakal kembali ke pentas Malaysia menerusi konsert solo sulungnya bertajuk <DO it!>.

Konsert tersebut dijadual berlangsung pada 30 Ogos 2025 (Sabtu), jam 6:00 petang di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebagai sebahagian daripada siri jelajah Asia yang turut meliputi bandar-bandar utama seperti Seoul, Taipei, Hong Kong, Jakarta, Tokyo, Nagoya, Osaka, Bangkok, Manila dan Singapura.

Berbeza dengan konsert fan-meeting <BLOOM> yang bersifat santai dan interaktif, <DO it!> memberi fokus penuh kepada persembahan muzik secara langsung. Pihak penganjur mengesahkan bahawa tiada sesi soundcheck mahupun acara send-off akan diadakan, bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kualiti vokal dan pengalaman audio visual menyeluruh buat para peminat.

Jualan tiket akan dibuka pada 9 Jun 2025 (Isnin), jam 12:00 tengah hari di BookMyShow Malaysia. Harga tiket adalah seperti berikut: Cat 1: RM988, Cat 2: RM888, Cat 3: RM688 dan Cat 4: RM488

Semua pemegang tiket akan menerima set kad foto rasmi. Pemegang tiket Cat 1 dan Cat 2 juga akan menerima pouch eksklusif <DO it!> yang hanya tersedia di Malaysia. Selain itu, 600 peminat bertuah dari semua kategori tiket akan dipilih melalui cabutan bertuah untuk menerima Premium Pass dan Lanyard, yang memberi akses ke pengalaman photobooth eksklusif di lokasi konsert.

Kehadiran Doh Kyung Soo ke Malaysia pada tahun lalu menyaksikan sambutan hangat daripada peminat, dengan ramai yang menunggu sejak awal pagi dan mengenakan pakaian berwarna biru langit sebagai tanda sokongan. Penyanyi ini turut mencuba pelbagai hidangan tempatan seperti laksa, nasi lemak, sate, roti tisu, dan apam balik, yang disifatkannya sangat sedap.

Dengan konsert <DO it!>, peminat di Malaysia berpeluang sekali lagi menikmati persembahan vokal luar biasa dari Doh Kyung Soo dalam suasana yang lebih intim dan berfokuskan muzik.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari BookMyShow Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page