May 15, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Akim & The Majistret ‘Rampas’ Kuala Lumpur

Spread the love

Konsert Solo Pertama Di Mega Star Arena, 28 Jun 2025

Akim & The Majistret, bakal mementaskan konsert solo pertama mereka yang diberi nama “Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur” pada 28 Jun 2025, jam 8.30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert yang dijangka menggegarkan ibu kota itu akan menyaksikan Akim & The Majistret mempersembahkan lebih 20 buah lagu hits mereka secara langsung, termasuk Potret, Mewangi, Obses dan lagu utama konsert ini, Rampas. Menurut kenyataan rasmi, konsert ini bukan sekadar persembahan pentas biasa, tetapi merupakan simbolik kepada “rampasan kuasa artistik” oleh kumpulan tersebut, yang sudah lebih sedekad mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

Konsert ini menampilkan konsep kreatif yang diterajui oleh Racus Studio, dengan Akim tampil sebagai “Komander Akim” bersama ahli kumpulan lain sebagai “Tentera Majistret” – satu pasukan pemuzik elit yang disatukan di bawah misi untuk menawan Kuala Lumpur melalui kuasa muzik rock.

Menariknya, peminat yang membeli tiket secara automatik dilantik sebagai “Perisik Majistret”, sebuah gelaran khas yang menandakan mereka sebagai sebahagian daripada operasi konsert ini. Perisik Majistret akan memainkan peranan penting bukan hanya sebagai penonton, malah akan terlibat dalam beberapa misi rahsia yang akan diumumkan sebelum konsert berlangsung.

Tiket konsert kini boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ticket2u.com.my/rampas, dengan tiga kategori utama ditawarkan:

  • CAT1 – SAKSAMA (ROCKZONE): RM189.00
  • CAT2 – POTRET (VIP SEATING): RM249.00 (Telah habis dijual)
  • CAT3 – MEWANGI (NORMAL SEATING): RM159.00

Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad debit/kredit, perbankan dalam talian (FPX), atau perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) seperti Atome dan SPayLater.

Untuk info, Akim & The Majistret dianggotai oleh pemuzik berpengalaman dari pelbagai kumpulan popular tempatan. Mereka terdiri daripada Akim Ahmad (vokalis), Wan 6ixth Sense (dram), Freddy Hyper Act (gitar), Fairuz Sofazr (bass), Afiez Azam New Boyz (keyboard), serta Gjie 6ixth Sense dan Zimi Sofazr (gitar).

Setiap anggota membawa latar belakang muzik tersendiri, menjadikan Akim & The Majistret sebagai sebuah ‘all-star band’ yang jarang disaksikan dalam industri muzik tempatan.

Menurut pihak penganjur, konsert di Kuala Lumpur ini merupakan permulaan kepada satu siri jelajah berskala nasional yang bakal diumumkan dalam masa terdekat. Konsert ini dijangka menjadi titik tolak kepada fasa baharu dalam kerjaya Akim & The Majistret yang lebih bersifat sinematik dan interaktif.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi tiket percuma serta barangan eksklusif dengan mengikuti akaun rasmi @showtagasia di Instagram dan TikTok. Pelbagai kejutan dijanjikan sebagai sebahagian daripada promosi konsert ini.

Konsert ini dibawakan oleh Juragan dan dianjurkan oleh Showtag Entertainment, dengan Racus Studio sebagai rakan kreatif rasmi dan ERA, Sinar dan THR Gegar sebagai rakan media rasmi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page