February 25, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Kemana Ni” Pertemukan Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salammusik

Spread the love

Kredit Foto:  Maestro Ridwan

Apabila 2 genre berbeza disatukan dalam sebuah lagu, pasti hasilnya secukup rasa, sesedap halwa telinga mendengarnya. Rencah dan resepi ciptaan Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salamusik  maka lahirlah ‘Kemana Ni”.

Lagu ini diterbitkan secara rasmi di bawah naungan Sony Music Malaysia, membawa gabungan elemen hip hop, reggae dan nusantara yang menyampaikan mesej introspektif tentang kehidupan serta cabaran dunia moden.

“Sebenarnya projek ini telah diinspirasikan sejak tahun 2018, dimana pada awalnya ia adalah idea Kmy Kmo yang inginkan saya hasilkan lagu yang menggambarkan perjalanan hidup dalam mencari makna dan arah”, ujar Luca Sickta ketika majlis sidang media pelancaran lagu tersebut yang di adakan L Space Event, Sentul Point pada 12 Februari lalu.

Idea asal lagu ini lahir setelah kejayaan lagu “Gong Nekara” pada tahun yang sama

 “Salammusik adalah artis pertama yang saya dekati untuk projek ini, dan dia terus menyambut baik idea ini. Perjalanan ini penuh cabaran, tetapi semangat untuk berkongsi cerita kami tidak pernah luntur,” ujarnya

Sementara itu, Salammusik,menyifatkan bahawa pengalaman ketika proses merakamkan lagu ini juga unik kerana sebahagian besar prosesnya berlaku secara jarak jauh.

“Saya dibimbing oleh Luca walaupun berada di Amsterdam. Walaupun kebanyakan proses berlaku dari jauh, semangat tetap terasa dekat,” jelasnya.

Lagu “Kemana Ni” menggambarkan dilema manusia ketika melangkah ke alam kedewasaan, menghadapi keputusan besar dalam hidup, dan mencari arah yang tepat.

“Hidup sebenar bermula apabila seseorang melangkah keluar dari zon selesa. Di sinilah kita diuji untuk membentuk kehidupan sendiri. Dari segi muzik, “Kemana Ni” menampilkan gabungan unik hip hop dan reggae yang disusun secara teliti oleh penerbit Luca Sickta”, ujar Kmy Kmo.

“Saya juga ada memasukkan elemen gamelan agar lagu ini nampak nusantara, tetapi hanya di bahagian belakang, jadi ianya tidak kedepan sangat.  Tapi kalau kita dengar betul-betul bunyi gamelan itu ada kedengaran”, ujarnya lagi.

Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Kenny Ong turut mengumumkan penyertaan Luca Sickta dan Kmy Kmo sebagai sebahagian daripada keluarga label tersebut.

“Kemana Ni” kini boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Joox, Apple Music dan YouTube Music. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page