February 25, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Konsert Here I Am, Seumpama Perayaan Buat Saya” – Rossa

Spread the love

Kali terakhir  Datuk Seri Rossa mengadakan konsert di Malaysia iaitu pada tahun 2023 dimana ketika itu beliau mempromosikan album iaitu Another Journey : The Beginning yang telah berlangsung  di Zepp.

Setelah 2 tahun ‘vakum’ dengan sebarang persembahan di Malaysia, Ratu Pop Indonesia itu bakal ‘merayakan’ konsert berskala besar yang di jadual bakal berlangsung di Axiata Arena pada 14 Jun depan.

“Konsert Here I Am lebih memperincikan tentang diri saya, tentang perjalanan seni saya selama 25 tahun dalam industri muzik.  Ianya juga adalah kisah suka duka saya bukan hanya dalam seni tetapi juga dengan hidup saya”, ujar Datuk Seri Rossa menerusi satu sidang media secara ‘virtual’ yang telah berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

“Saya ingin merayakan momen bahawa ‘ini adalah kita yang sekarang’, yang telah hebat menempuh pelbagai hal , bermandi keringat, air mata dan sebagainya. Saya berharap hari ini kita boleh berbangga dengan diri sendiri dan membuat lebih lagi ke depan,”ujar beliau.

“ Lebih manis perayaan ini turut saya kongsikan bersama para musisi saya yang turut serta dalam karier seni saya selama 17 tahun.  Konsert ‘Here I Am’ bakal diterjemahkan dalam perspektif yang lebih intim bersama para peminat saya”, katanya.

Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani turut berkongsi serba sedikit berkenaan Konsert Here I Am, dimana beliau akan menampilkan kelainan dan kejutan pada konsertnya nanti.

“Jadi kali ini, saya akan membawakan konsep yang berbeza dari sebelum ini di mana lokasinya juga besar iaitu di Axiata Arena. Saya juga ingin merasakan bagaimana membuat persembahan di tempat yang hebat”, ujarnya.

Konsert ini adalah  anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama Sah Entertainment serta mendapat sokongan Maybank sebagai rakan strategik perbankan yang menawarkan diskaun istimewa untuk pelanggannya

Rossa juga turut berjanji akan memberikan persembahan terbaik dengan menyampaikan 27 buah lagu hit, konsert tersebut juga meliputi beberapa segmen mengikut genre dan akan berlangsung selama tiga jam.

Untuk rekod, Rossa melakar sejarah tersendiri apabila tiket prajualan Konsert Here I Am yang dibuka pada 11 November lalu habis dijual dalam tempoh tiga jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Datuk Mohd Aizuddin Ghazali turut menyasarkan kehadiran penonton seramai 11,700 penonton itu akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza daripada konsertnya sebelum ini, selain melibatkan banyak kolaborasi dan kejutan bagi memastikan kepuasan penonton.

Konsert Here I Am juga bakal di adakan di Indonesia dan juga Singapur pada tahun ini.

Diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan buat pemegang kad kredit dan kad debit Maybank  yang membeli tiket pada 14 Februari ini.

Tiket akan dijual bermula 10 pagi Jumaat (14 Feb) ini dengan harga RM228 hingga RM788 (tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran) di laman web ticket2u, manakala tiket korporat boleh didapati dengan menghubungi Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau emel [email protected].


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page