ASKA Ajak Peminat Imbau Nostalgia Menerusi Konsert Sulung Di Malaysia
Kredit Foto: Maestro Ridwan
Nama ASKA mungkin kurang ‘menonjol’ di persada seni tempatan, namun bagi peminat yang membesar dengan lagu-lagu karyaan beliau seperti Hajimari wa Itsumo Ame itu telah berjaya menawan jutaan peminat dan menyaksikan album Scene II yang dirilis pada tahun 1991 menjadi album terlaris untuk artis Jepun pada ketika itu.
ASKA bakal mengadakan konsert pertama di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Februari depan. Sebagai persembahan sulungnya di Malaysia setelah 45 tahun bergiat sebagai insan seni, ASKA berjanji untuk membawa para peminatnya melungsuri era kegemilangan beliau satu ketika dahulu.
“Ini adalah persembahan sulung saya di Malaysia, saya tidak mahu hampakan peminat di sini dimana satu ketika dahulu saya berasa terkilan kerana tidak dapat beraksi di Malaysia dimana sepatutnya selepas mengadakan persembahan di Singapura saya beraksi di sini”, ujarnya ketika ditemui media di Concorde Hotel, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu.
“Demi menebus rasa kecewa dan peminat saya akan mengembalikan nostalgia peminat dengan hanya mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popular daripada album saya”, katanya
Aska yang pernah menjadi sebahagian daripada duo ikonik Chage & Aska popular pada era 1990-an dan kini dia memilih untuk bergerak solo.
Memulakan siri jelajah Aska Concert Tour 2024 – Who is Aska?, Aska juga turut mengunjungi bandar utama di Asia Tenggara seperti Taipei, Taiwan; Seoul, Korea Selatan dan Jepun.
“Lebih 25 buah lagu akan saya sampaikan dalam konsert yang berdurasi 1 jam setengah atau lebih itu nanti. Saya cukup teliti dengan segala aspek teknikal demi memastikan bahawa pendengar akan pulang dengan senyuman dan memahat memori yang mungkin tidak akan berulang lagi”, ujarnya.
ASKA turut menjelaskan bahawa Who is Aska? Itu adalah sapaan David Foster ketika beliau berkolaborasi bersama David. Ternyata sapaan berbentuk jenaka itu menjadi inspirasi ASKA sebagai judul siri jelajah konsertnya.
Pada Jun tahun lalu, Aska bekerjasama dengan penerbit legenda, David Foster buat kali kedua. Kemudian, Aska memulakan jelajah seluruh negara, sekali gus mengukuhkan legasinya dalam industri muzik sejak September tahun lalu.
ASKA turut di temani 9 pemuzik profesional sepanjang siri jelajah Aska Concert Tour 2024 – Who is Aska?. Lebih menarik siri jelajah ini bakal dirakam dan di dokumentasikan serta akan di keluarkan dalam format DVD.
Untuk rekod Aska atau nama sebenarnya, Shigeaki Miyazaki mengeluarkan lagu pertamanya pada 1979 menerusi single Hitorisaki. Kemudian Aska banyak menulis lagu dan menyanyikannya untuk kumpulan duo, Chage & Aska. Antaranya, Say Yes, Morning Moon dan Love Song.
Aska juga menjadi pemuzik Asia pertama yang membuat persembahan di MTV Unplugged. Sehingga kini, Aska sudah menghasilkan 20 album studio bersama Chage & Aska dan lebih 10 album sebagai penyanyi solo.
Konsert yang dianjurkan oleh Burnish Stone dan diuruskan oleh Digital Idea Multimedia ini akan bermula pada pukul 8 malam dengan harga tiket RM380. Tiket telah mula dijual sejak 6 Disember 2024 dan boleh didapati melalui laman web Book My Show.
Peminat yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Digital Idea Multimedia melalui talian +6011 31817933 atau emel di [email protected].