Persembahan Sulung ASKA di Malaysia Selepas 45 Tahun Bergelar Insan Seni
Penyanyi dan komposer kelahiran Jepun, Aska atau nama sebenarnya, Shigeaki Miyazaki bakal mengadakan konsert pertama di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Februari ini.
Mungkin ramai di kalangan peminat yang janggal ketika mendengar pemilik nama pentas, Aska. Beliau pernah menjadi sebahagian daripada duo ikonik Chage & Aska popular pada era 1990-an dan kini Aska memilih untuk bergerak solo.
Kemudiannya, Aska banyak menulis lagu dan menyanyikannya untuk kumpulan duo, Chage & Aska. Antaranya, Say Yes, Morning Moon dan Love Song.
Sehingga kini, Aska sudah menghasilkan 20 album studio bersama Chage & Aska dan lebih 10 album sebagai penyanyi solo.
Siri jelajah Aska Concert Tour 2024 – Who is Aska?, bakal mencerminkan evolusi seninya yang masih berterusan selama 45 tahun sejak pembabitannya dalam industri muzik.
Selain Malaysia, Aska turut mengunjungi bandar utama di Asia Tenggara seperti Taipei, Taiwan; Seoul, Korea Selatan dan Jepun.
Konsert di Kuala Lumpur akan bermula pada pukul 8 malam dengan harga tiket RM380. Tiket telah mula dijual sejak 6 Disember 2024 dan boleh didapati melalui laman web Book My Show.
Peminat yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Digital Idea Multimedia melalui talian +6011 31817933 atau emel di [email protected].